Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM88,200 / 103.76 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM85,000
3206 Penyumbang
Kempen Berjaya
Kita sudah sampai di 7 hari terakhir bulan Rejab dan akan memasuki bulan Syaban. Bulan-bulan ini termasuk dalam 4 bulan Hurum, iaitu bulan yang dimuliakan Allah SWT. Di mana Allah SWT akan melipatgandakan pahala dari amalan kebaikan, dan melipatgandakan pula dosa dari perbuatan maksiat yang diperbuat. Semoga Allah SWT cukupkan umur kita sehingga dapat banyak beribadah dan meraih rahmatNya. Sabda Rasulullah SAW:
”Setahun berputar sebagaimana keadaannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan haram (suci). Tiga bulannya berturut-turut yaitu Dzulqo’dah, Dzulhijjah dan Muharram. (Satu bulan lagi adalah) Rajab Mudhor yang terletak antara Jumadal (akhir) dan Sya’ban.” (HR. Bukhari no. 3197 dan Muslim no. 1679)
Asar Humanity menjemput anda untuk meraih redha dan melipat gandakan pahala dari pada keutamaan sedekah. Dengan RM10 anda dapat mengagihkan 1 pek makanan iftar. Satu pek berisi kurma, air minum, nasi, lauk pauk, sayuran. Sedekah pek makanan iftar yang inshaAllah akan kami berikan kepada orang miskin, anak yatim, musafir, pelajar tahfiz, serta asnaf yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Insya-Allah sedekah pek makanan iftar ini menjadi salah satu pahala untuk menjemput keredhaan dan keberkahan Allah SWT. Bayangkan pek makanan iftar yang anda berikan dilepaskan dahaga orang berpuasa pada saat bulan Ramadhan. Semoga Allah lipatkan ganjaran pahala kepada yang berpuasa dan kepada anda yang bersedekah.
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
(HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no.1746, dan Ahmad 5: 192)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Derma harta di 10 hari terakhir bulan Ramadan melalui Asar Humanity:
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Syukur Alhamdulillah sudah seminggu kita menjalani ibadah Ramadan, semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita kesihatan dan redha agar kita dapat mencapai keberkatan di bulan Ramadan. Kami rumuskan tipsmenjalankan ibadah di bulan mulia ini agar lebih berkualiti. Jika anda mempunyai petua lain, sila kongsikan di ruangan doa di halaman kempen ini ya. Jazakumullah khairan ahsanal jaza
Memaknai bulan Ramadan ini dengan berbagi makanan berbuka bagi asnaf dan anak yatim dhuafa bersama Asar Humanity: