Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN ASNAF IMAN & AMAL
Dimulakan pada Nov 17, 2022
RM2,710 / 38.71 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
148 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” (Riwayat Al-Bukhari)
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi kita nikmat kesihatan dan rezeki sehingga dipertemukan lagi dalam Jumaat yang mulia dan tersedia dengan pelbagai kelebihan ini. Sesungguhnya hari jumaat merupakan peluang untuk kita meraih pahala sebanyak mungkin. Hari jumaat yang mulia, hari yang penuh peristiwa dan hari yang dikabulkan permintaan hambanya.
Sabda Rasulullah SAW:
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami