SEDEKAH JALANAN

RM1,330 / 44.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Menyediakan makanan kepada haiwan jalanan.

Sedar atau tidak, kita sebenarnya berkongsi kehidupan dengan pelbagai makhluk lain di dunia ini, dan satu daripadanya adalah makhluk yang dipanggil haiwan.


Diluar sana, terlalu banyak haiwan seperti kucing dan anjing yang terbiar tanpa tuan. Ada diantara ia dianiaya, diseksa, dan dibuli oleh masyarakat setempat. Sehingga ada yang dibunuh dengan kejam tanpa rasa belas kasihan. Ia hidup dalam kelaparan tanpa ada makanan yang berjadual.


Sebagai masyarakat yang prihatin. Alangkah baiknya jika kita mempunyai sebahagian peruntukan untuk membeli makanan buat kucing dan anjing jalanan. Ia haiwan yang tidak dipandang kerana ramai hanya ingin memelihara kucing dan anjing yang berbulu kembang atau baka import atau yang nampak sempurna sahaja.


Beri harapan dan kehidupan untuk haiwan kerana akan membuatkan kita bahagia. Kecintaan kepada haiwan akan membentuk sikap dan jiwa penyayang.


Anak kecil yang diasuh mencintai haiwan akan membesar dengan sikap prihatin dan sentiasa mengambil berat. Apabila ternampak haiwan kurus di tepi jalan, hati mereka pasti terdetik untuk memberi makanan.


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ketika ada seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan ia merasa sangat haus. Lalu ia menemukan sebuah sumur kemudian dia turun ke dalamnya lalu ia minum dan kemudian keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya. Akibat kehausan ia terpaksa makan tanah lembap.


Orang itu lalu berkata, “Anjing ini kehausan seperti yang aku alami.” Lalu ia turun ke sumur itu kemudian mengisi sepatunya dengan air dan memegangnya dengan mulut lalu memberi minum anjing itu. Maka, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.”


Sahabat kemudian bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah terhadap haiwan-haiwan ada pahala bagi kami?” Baginda bersabda, “Pada setiap makhluk hidup mendapat pahala.” (Hadis Riwayat Muslim)


Jelas, amalan menjaga, merawat atau memberi makanan serta minuman kepada haiwan terbiar adalah amalan yang sangat terpuji dan mulia di sisi agama.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 03, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 03, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 29, 2021

Kempen Sumbangan Tamat