Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM580 / 19.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Hari demi hari berjalan begitu cepat, tak perasan 5 kempen kami lancarkan untuk membina tandas dan telaga untuk Maahad Ainul Yaqin tetapi sumbangan baru terkumpul kurang lebih RM9,000. Sementara kami masih butuhkan total RM19,000 untuk mewujudkan pembinaan tandas dan telaga wuduk Mahaad Ainul Yaqin.
Pasukan Asar Humanity mengunjungi maahad ini. Kondisinya masih sama dengan pertama kali kami menjumpai maahad yang menjadi tempat belajar dan tempat tinggal kurang lebih 50 pelajar. Rata-rata usia mereka sudah baligh dan tidak bernasib baik. Keadaan tandas kurang patut membuat mereka harus menutup pintu dengan kain panjang jika ingin berbasuh. Hal ini juga yang menyebabkan pelajar terpaksa beratur dan bersabar. Seringnya mereka bebasuh bersama-sama agar tak lama menunggu.
Mari kita sama-sama membina telaga wuduk untuk pelajar maahad tahfiz ini, sehingga kita juga menjaga kehormatan dan aurat mereka. Kami memerlukan dana sebesar RM10,000 lagi untuk mencapai RM19,000 yang akan digunakan membina area wuduk dan tandas yang patut.
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda semua serta keluarga. Sekiranya pembinaan tempat wuduk Maahad Ainul Yaqin telah dibiayai oleh pihak lain, maka sumbangan anda akan dibangunkan untuk tempat wuduk maahad yang lain. Jika hal ini terjadi, kami akan memaklumkan nama maahad yang baru untuk dibina.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamduliah, program bina pulih area wuduk dan tandas Maahad Ainul Yaqin telah berjaya dilaksanakan. Kini pelajar maahad boleh bebasuh dengan menjaga kehormatan mereka di tempat tertutup. Proses pembinaan mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga lebih kurang 2 minggu disebabkan keadaan yang agak jauh dari pusat bandar dan hujan terus turun dan tidak menentu.
Pelajar Maahad amat berterima kasih atas bantuan membina kawasan wuduk dan tandas, kerana sehingga kini mereka menggunakan kawasan tandas yang tidak patut. Hal ini disebabkan Mahaad tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengubah suai kawasan wuduk dan tandas.
Barakallahu fiikum Tuan-tuan dan puan-puan, telah siap dibina tandas Maahad Ainul Yaqin dan tasik wuduk yang diamanahkan. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kemurahan hati anda. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan buat tuan sekeluarga. Dan semoga sumbangan ini menjadi pahala jariyah atas anda, bayangkan 186 orang yang terdiri dari pelajar, asatidz dan pentadbir maahad yang akan mendapat keselesaan dalam menyucikan diri. Amin ya Rabb. Jazakumullah khairan.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, mohon doanya semoga pembinaan tandas dan telaga wuduk Maahad Ainul Yaqin yang telah anda amanahkan segera wujud. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kedermawanan anda. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki dan keberkahan yang berlipat ganda kepada anda serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Perkembangan Pembinaan Tandas dan Telaga Wuduk Maahad Ainul Yaqin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 23, 2023
HAMBA ALLAB
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 23, 2023
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 23, 2023