ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 25, 2023

SEDEKAH JARIYAH KARPET UNTUK JEMAAH MASJID DI CIANJUR FASA 3

RM295 / 9.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sedekah karpet sajadah bagi jemaah masjid mangsa pelarian gegaran gempa Cianjur agar mantap ibadah mereka hingga Ramadan.


Assalamualaikum tuan dan puan, semoga anda sekeluarga sihat sejahtera selalu. Tak terasa kita sudah memasuki bulan Rejab, menghitung hari kurang dari 2 bulan lagi kita akan tiba di bulan Ramadan. Setakat ini semua Muslim sudah bersiap memperbanyak ibadah, menyiapkan bekalan terbaik untuk bulan Ramadan. Tapi perasaan berat dan terhad masih terasa di khemah pelarian mangsa terjejas gempa Cianjur.



Khemah dengan kain tipis yang terkena hujan dan panas sehingga kerap perlu diganti. Sampai saat ini gegaran susulan masih sering terjadi. Namun bencana dan kesulitan yang mereka alami tidak menurunkan akidah agama mereka. Ujian demi ujian mereka pikul dengan selalu berserah diri kepada Allah SWT. Saudara kita di Cianjur masih terus bersemangat beribadah walaupun dengan keadaan sederhana.



Ibadah sholat wajib dan pendalaman ilmu agama tetap mereka lakukan dalam masjid sementara. Di dalam khemah dan mushalla sederhana bapak-bapak ini menunaikan solat jumaat, di petang hari pemuda-pemudi mengikuti Tahsin dan mendalami ilmu agama. Tim Asar Humanity melakukan pendataan, masih ada banyak khemah pelarian mangsa terjejas yang dalam kondisi tanpa sajadah dan karpet iaitu:


1. Pengungsian Kampung Munjul 7 shaf

2. Pengungsian Kampung Padaruhum 10 shaf

3. Pengungsian Cibeleng Ilir 10 shaf

4. Pengungsian Cijedil 12 shaf

5. Pengungsian LongKewang 12 shaf

6. Pengungsian Kp Babakan 10 shaf

7. Pengungsian Kampung Sarampat 12 shaf

8. Pengungsian Jambudipa 12 shaf

9. Pengungsian Kampung Cadot 15 shaf

10. Pengungsian Kampung Angkrong 10 shaf




Tuan-tuan dan puan-puan, kami tidak boleh meneruskan penyelamatan tanpa bantuan anda. Bantuan anda amat bermakna. Kami tidak mengira jumlah derma anda. Kami membutuhkan kebaikan anda untuk membeli karpet sajadah supaya jemaah masjid mangsa pelarian boleh solat lebih khusyuk. Kami menjemput anda untuk menderma 1 shaf karpet sajadah seharga RM225. InsyaAllah sajadah tersebut dapat digunakan hingga Ramadhan, bahkan jangka panjang bagi para jemaah. Semoga Allah melimpahkan keberkahan dari pahala jariyah yang anda dermakan kepada jemaah mangsa pelarian Cianjur. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 01, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat