ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 03, 2023

SEDEKAH JARIYAH KARPET UNTUK JEMAAH MASJID MANGSA GEMPA CIANJUR

RM645 / 21.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

47 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom tambahkan sedekah jariyah anda melalui sedekah karpet sajadah bagi jemaah masjid mangsa pelarian gempa Cianjur.


Assalamualaikum tuan dan puan, semoga anda sekeluarga sihat sejahtera selalu. Lepas bulan Januari ini, kondisi di Cianjur belum boleh dikatakan baik. Setakat ini ribuan mangsa terjejas tak ada pilihan lain untuk tinggal di khemah pelarian. Musibah ini mereka jalani dengan selalu berserah diri kepada Allah SWT. Tiada alasan untuk meninggalkan solat dan ibadah. MashaAllah aktiviti keagamaan dan ibadah solat masih berlaku di khemah sederhana.



Di dalam khemah dan mushalla sederhana bapak-bapak ini menunaikan solat Jumaat dan solat wajib. Aktiviti menghidupkan bacaan Al Quran dilakukan pemuda-pemudi di petang hari. Tim Asar Humanity melakukan pendataan. Ada banyak khemah pelarian mangsa terjejas yang dalam kondisi tanpa peralatan solat dan ibadah lainnya (telekung, sarong) iaitu:


1. Khemah pelarian Kampung Munjul

2. Khemah pelarian Kampung Padaruhum

3. Khemah pelarian Cibeleng Ilir

4. Khemah pelarian Cijedil

5. Khemah pelarian LongKewang

6. Khemah pelarian Kp Babakan

7. Khemah pelarian Kampung Sarampat

8. Khemah pelarian Jambudipa

9. Khemah pelarian Kampung Cadot

10. Khemah pelarian Kampung Angkrong




Tuan-tuan dan puan-puan, kami membutuhkan kebaikan Tuan dan Puan untuk membeli karpet sajadah supaya jemaah masjid mangsa pelarian boleh solat lebih khusyuk. Inilah salah satu cara kita merangkul mereka untuk tetap menegakkan akidah di masa sulit dalam musibah. 1 shaf karpet sajadah seharga RM225.



InshaAllah peralatan karpet sajadah ini dapat digunakan hingga Ramadhan dan boleh jadi lebih lama lagi. Bayangkan semakin banyak pula tabungan amalan jariyah anda. Semoga Allah melimpahkan keberkahan dari pahala jariyah yang anda dermakan kepada jemaah mangsa pelarian Cianjur. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NASARUDDIN MOHAMAD ALI

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat