ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 20, 2023

SEDEKAH JARIYAH MEMBINA TELAGA AIR UNTUK WARGA TERJEJAS GEMPA CIANJUR

RM1,880 / 62.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

126 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menabung pahala jariyah melalui sedekah membina telaga air untuk mangsa terjejas gempa Cianjur.


Assalamualaikum tuan dan puan, semoga anda sekeluarga sihat sejahtera selalu. Hampir 2 bulan selepas gegaran gempa bumi berukuran 5.6 magnitud yang menghancurkan Cianjur, di Jawa Barat, Indonesia, sedikitnya 602 orang maut, serta ratusan cedera akibat dihempap material reruntuhan. Puluh ribuan mangsa terjejas kehilangan rumah dan masih tinggal di khemah pelarian dengan kain tipis yang terkena hujan dan panas sehingga kerap perlu ditambahkan.




Mangsa pelarian hanya bergantung kepada sumber air bersih yang diagihkan oleh pelbagai bantuan dan juga air yang datang dari sungai berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Setakat ini, tidak pernah ada lori tangki untuk mengagihkan air bersih ke kampung. Sehingga penduduk hanya bertahan dengan mata air yang berbaki dan ada yang bergantung kepada pengairan sawah atau air sungai. Sebelum gempa bumi menggegarkan kawasan itu, majoriti penduduk di kampung menggunakan telaga baldi dan telaga pam dan sebahagian lagi menggunakan pam gerudi.



Akibat gempa bumi yang menggegarkan dan memusnahkan kawasan itu, sumber air bersih yang menggunakan paip turut terjejas kerana dipecahkan runtuhan bangunan dan menyebabkan air yang keluar menjadi kotor. Khemah pelarian mangsa gempa Cianjur kekurangan air bersih untuk dikonsumsi. Kanak-kanak mulai terinfeksi penyakit kulit, tangan mereka luka dan banyak nanah. Ya Allah, tolong saudara kami di sana. Berikan kami kemampuan rezeki untuk membantu mereka bertahan hidup.



Tuan/Puan, kami membutuhkan kebaikan anda untuk menyediakan air yang lebih baik dengan membina sumur air dan sarana sanitasi yang lebih sehat. InsyaAllah sedekah air dari anda akan menjadi diganti Allah SWT dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.


"Perumpamaan (derma) orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang Dia mahu dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah: Ayat 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

AZHAR HASIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

HAMIDA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat