SEDEKAH JUMAAT UNTUK ASNAF DAN OKU

RM230 / 4.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedikit sedekah kita kadangkala dapat menyelamatkan mereka, besar untuk mereka.

Jumaat adalah penghulu segala hari, alangkah baik jika kita dapat membantu golongan yg memerlukan pada hari tersebut. Bantuan macam macam mana yang diperlukan dan adakah kita hanya boleh membantu golongan anak kecil sahaja ? 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)




Untuk makluman tuan/puan IKRAR BANTU mengadakan satu kempen khas untuk membantu golongan asnaf dan oku yang serba kekurangan dalam mendepani kehidupan mereka sehari-hari. Kita mungkin tidak tahu kesulitan mereka yang sampai dihalau oleh tuan rumah kerana tidak mampu membayar sewa, ada juga dikalangan mereka yang ingin meniaga namun tiada modal,kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Itu adalah hanyalah sebahagian contoh daripada beribu aneka kehidupan manusia.


IKRAR BANTU telah turun ke lapangan, dan inilah realiti nyata yang terpampang, kami membantu dari segi wang, tenaga , barang dapur malah IKRAR BANTU juga membantu membaiki rumah. 




Kempen kali ini, IKRAR BANTU menyasarkan RM5000.00 untuk membantu dari segi kewangan kerana ini adalah paling utama, seterusnya bantuan makanan dan servis jika diperlukan. Ada OKU yang perlukan servis untuk berulang-alik ke hospital untuk menerima rawatan.


Ayuhlah kita Berganding Bersama dalam membantu saudara kita, sesungguhnya 


Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)


Moga sedekah Tuan/Puan diterimaNya, Jazakallahu khairan kathira.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat