ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 10, 2024

SEDEKAH JUMAAT PROGRAM BERAS PELAJAR TAHFIZ, YATIM, DHUAFA

RM460 / 15.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu anak-anak Yaman mendapatkan makanan hangat, air bersih dan tenda untuk berlindung di pengungsian bersama ASAR Humanity.


Sahabat dermawan yang dirahmati Allah, hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkahan, di mana setiap amal kebajikan yang kita lakukan akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah SWT. Pada hari yang mulia ini, ASAR Humanity mengajak kita semua untuk turut serta dalam program Sedekah Jumaat, sebuah inisiatif untuk mendistribusikan beras kepada santri, anak-anak yatim, dan dhuafa yang sangat memerlukan.


Banyak pondok pesantren di pelosok negeri yang tidak memungut bayaran dari para santri. Mereka belajar dan menghafal Al-Qur'an dalam kondisi serba kekurangan, makan seadanya, dan terkadang terpaksa hidup dalam keterbatasan.



Sedangkan anak-anak ini adalah generasi penerus agama kita, yang kelak akan menyebarkan syiar Islam. Mereka mengorbankan masa kecil mereka untuk mendalami ilmu agama, tetapi sering kali harus berjuang dengan keterbatasan bekalan makanan dan keperluan hidup lainnya.Sedangkan anak-anak ini adalah generasi penerus agama kita, yang kelak akan menyebarkan syiar Islam.



Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 254:


"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang tiada jual beli padanya, tiada persahabatan, dan tiada syafaat."



Bantuan kita, walaupun kecil, akan memberikan senyuman dan kegembiraan kepada anak-anak yatim, santri tahfiz, dan dhuafa. Setiap butir beras yang kita sedekahkan bukan hanya untuk mengisi perut mereka, tetapi juga untuk meringankan beban dan menyemai harapan masa depan yang lebih baik bagi mereka.


Marilah kita memberikan sedikit dari harta kita untuk membahagiakan mereka yang memerlukan. Program Sedekah Jumaat ini adalah salah satu cara untuk menyalurkan rezeki kita dengan cara yang diredhai Allah SWT. Setiap donasi yang anda berikan akan digunakan untuk menyediakan makanan pokok yang sangat mereka perlukan.



Semoga dengan bersedekah, Allah SWT memberkati rezeki kita, melapangkan urusan kita, dan menjadikan kita sebab kebahagiaan bagi saudara-saudara kita yang kurang beruntung.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZUREE HYDANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2024

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 11, 2024

Kempen Sumbangan Tamat