Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM520 / 4.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM13,000
22 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Islam itu indah, dan ilmu agama tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang hanya dimiliki oleh mereka yang berada di bandar besar atau dalam kalangan yang mampu. Namun, hakikatnya hari ini, masih ramai saudara seagama kita di desa terpencil dan kawasan miskin di kota yang tidak mendapat peluang untuk belajar agama dengan sempurna.

Di sinilah ASAR Humanity memainkan peranan. Kami menjalankan program dakwah dengan menghantar para ustaz dan guru al-Quran ke kampung-kampung yang jauh dari pusat bandar, serta ke komuniti berpendapatan rendah yang sering terpinggir. Di tempat-tempat ini, ilmu agama sangat kurang, malah ada yang baru memeluk Islam dan tercari-cari panduan untuk mengenal agama dengan lebih mendalam.

Kami mendirikan pusat-pusat al-Quran kecil, ada yang hanya ruang kecil di rumah guru, ada yang dibina dari papan dan zink, tetapi semangat untuk belajar sangat luar biasa. Ada yang datang dari jauh, ada yang hadir bersama anak-anak kecil, dan yang paling menyentuh hati, ada yang sudah berusia tetapi tetap mahu belajar membaca al-Quran dan memahami Islam dengan lebih baik.
Inilah bukti bahawa dakwah tidak kenal usia, tidak kenal tempat. Ilmu agama adalah hak semua, sama ada miskin atau kaya, tua atau muda. Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama menyokong program dakwah ini. Anda boleh membantu dengan:
1. Menyumbang untuk menyara kehidupan ustaz dan guru al-Quran yang berkhidmat sepenuh hati tanpa mengira gaji
2. Menyumbangkan al-Quran, buku-buku agama, meja belajar, whiteboard dan kelengkapan asas pembelajaran
3. Menjadi sebahagian daripada usaha murni ini dalam menyebarkan ilmu dan menyentuh lebih ramai hati manusia dengan cahaya Islam

Sokongan anda bukan hanya meringankan beban mereka, tetapi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dakwah yang lebih kuat di tengah masyarakat. Setiap sumbangan anda boleh membantu membuka pintu hidayah kepada seseorang, membina generasi yang lebih berilmu, beradab, dan beriman.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 22, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jul 22, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 21, 2025