INFAQ JUMAAT UNTUK KEPERLUAN ASAS ANAK YATIM DAN ASNAF FASA 5

RM1,280 / 18.29 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

70 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Iman dan Amal mempelawa orang ramai untuk menyumbang sebagai sedekah jumaat yang dapat memberikan manfaat kepada golongan anak anak yatim dan asnaf.


Mari bersama-sama kita membantu anak-anak yatim dan asnaf di Pertubuhan Iman Amal dengan sedekah Jumaat. Buat masa ini kami masih lagi memerlukan dana bagi menampung kos seharian mereka seperti pembelajaran, makanan, tempat tinggal dan lain-lain lagi.



Di hari yang penuh keberkatan ini, amatlah rugi sekiranya tuan-tuan tidak mengambil peluang ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dengan amalan sedekah. Kami di pertubuhan Iman Amal sangat merayu infaq tuan-tuan untuk kegunaan anak-anak yatim dibawah jagaan kami. Kami tidak mengambil yuran dari mereka malah kami lah pengganti ibu & ayah mereka dan InsyaAllah kami akan jalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab.



Sesungguhnya, anak-anak yatim ini adalah mereka yang dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Tidak akan miskin dengan amalan bersedekah dan infaq , malah Allah akan gandakan lagi rezeki tuan-tuan. Ayuh bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan anda semua diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Semoga dengan infaq dari tuan-tuan, dapatlah kami menyediakan makanan yang lebih sedap dan berkhasiat untuk mereka serta menaiktaraf tempat tinggal mereka agar lebih selesa dan lebih ramai yang kami boleh bantu. Infaq Jumaat sebagai salah satu cara untuk menjemput rezeki dan pahala. Jazakallah khair kathira atas sumbangan tuan/puan.



"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." - (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 268)


Jom #BuatBaik!




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2022

MOHAMMAD SHAFIQ ZAINON

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2022

MARLINA EFFENDY AISY SALIYAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat