ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 08, 2024

SEDEKAH JUMAAT MULIAKAN IBU BAPA DENGAN PAKEJ MAKANAN SIHAT

RM230 / 7.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari mulakan langkah, memuliakan kehidupan ibu bapa di usia senja dengan hantaran pakej makanan sihat bersama ASAR Humanity.


Saudara-saudari yang dirahmati Allah, di usia senja, ibubapa kita semakin memerlukan kasih sayang, perhatian, dan bantuan daripada anak-anaknya. Banyak di antara mereka yang menghadapi kesukaran hidup, mengharungi hari-hari dalam serba kekurangan, dan memendam keinginan untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan selesa.



Mari Mulakan Langkah, Memuliakan Kehidupan Ibu Bapa di Usia Senja dengan Hantaran Pakej Makanan Sihat


Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang Muslim menolong saudaranya melainkan Allah menolongnya dalam kesusahan.” (HR. Muslim)



Usia senja sepatutnya menjadi masa untuk beristirahat dan menikmati sisa hidup dengan tenang. Namun bagi Nenek Kering, hari-harinya dipenuhi dengan penderitaan dan perjuangan. Kulit kakinya hampir membusuk akibat jangkitan kulat yang gatal dan menyakitkan.


Begitu banyak warga emas seperti Nenek Kering yang terpaksa hidup dalam kesengsaraan di usia tua mereka. ASAR Humanity ingin mengajak anda untuk bersama-sama menyokong program memuliakan ibu bapa di usia tua. Program ini bertujuan memberikan bantuan keperluan asas, makanan sihat, serta peralatan kesihatan yang diperlukan. 



Mari jadikan langkah ini sebagai bukti kasih dan penghargaan kita kepada mereka. Setiap sen yang anda dermakan adalah tanda cinta dan hormat buat ibubapa kita dan juga ibubapa lain yang memerlukan. Sumbangan anda akan digunakan untuk menyediakan keperluan asas, makanan, tempat tinggal yang selamat, serta rawatan kesihatan yang diperlukan oleh warga emas yang kurang berkemampuan.



Setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar, adalah sinar harapan untuk mereka yang tertindas oleh keadaan. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang anda hulurkan dengan pahala yang berlipat ganda dan rahmat yang tidak berkesudahan, insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2024

HANINAH BINTI MISHAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2024

Kempen Sumbangan Tamat