ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 17, 2024

SEDEKAH JUMAAT, PEK MAKANAN UNTUK ASNAF YANG KELAPARAN

RM215 / 7.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

6 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Berbagi kebahagiaan dan berkah di hari jumaat dengan memberikan makanan siap santap bersama ASAR Humanity.


Di sekeliling kita, ada ramai saudara-saudara yang setiap hari berjuang keras demi sesuap nasi. Ada keluarga-keluarga miskin yang terkadang harus menahan lapar dan dahaga kerana kesulitan mendapatkan makanan yang cukup. Kita tidak selalu menyedari bahawa di sebalik kemewahan yang kita miliki, masih ada yang tidak bernasib baik dan terpaksa hidup dalam kekurangan.




Oleh itu, ASAR Humanity mengajak anda semua untuk turut serta dalam program Jumaat Berkah, sebuah inisiatif untuk membagikan makanan siap santap kepada mereka yang memerlukan. Setiap kali kita bersedekah di hari Jumaat, kita bukan sahaja membantu mengisi perut yang kosong, tetapi juga menyebarkan berkah dan kebaikan kepada saudara-saudara kita yang kurang beruntung.



Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada hari Jumaat." (HR. Abdur Razzaq)


Dengan sumbangan anda, kita dapat menyediakan makanan yang layak untuk keluarga-keluarga miskin, memberi mereka sedikit kelegaan di tengah kehidupan yang sukar.



Mari bersama-sama kita jadikan hari Jumaat ini sebagai momen untuk menyebarkan lebih banyak kebaikan dan berkongsi keberkatan dengan mereka yang sangat memerlukannya.




ASAR Humanity ingin mengajak lebih ramai lagi untuk berbuat baik, bersedekah, dan memberikan sedikit daripada rezeki kita untuk saudara-saudara yang kurang bernasib baik. Setiap sumbangan, walaupun kecil, akan membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka yang membutuhkannya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 18, 2024

SARI HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 18, 2024