Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,190 / 39.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
61 Penyumbang
Kempen Berakhir!
وَيُضَعَّفُ فِيهِ الصَّدَقَةُ
“Dan pada hari jumaat pahala sedekah dilipatgandakan.” (HR Imam Asy-Syafi’i)
Hari jumaat adalah hari yang istimewa berbanding hari-hari yang lain dan berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Asy-Syafi'i bahawa akan berlipat ganda pahala bagi orang yang bersedekah pada hari jumaat. Selain itu, kita hanya akan bertemu hari jumaat sekali dalam seminggu.
Sudah tentu ini adalah sesuatu yang tidak boleh disia-siakan bukan? Oleh sebab itu, Asar Humanity ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan agar tidak terlepas dari keberkatan hari jumaat ini melalui sedekah terbaik yang boleh diberikan.
Dimana sedekah yang terkumpul akan diagihkan kepada pelajar tahfiz yatim dalam bentuk pakej makanan. Salah seorang daripada mereka merupakan pelajar di Maahad Al-Quran Riadul Addarussiyah yang terletak di Cianjur, Jawa Barat. Seramai 205 pelajar belajar agama termasuk menghafaz Al-Quran di maahad ini. Sebaliknya, pelajar yang tinggal di sini berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan merupakan anak yatim.
Bagi kos operasi maahad setakat ini, mereka masih datang dari bantuan operasi sekolah dan selebihnya mencari dana sendiri atau peribadi. Sehingga untuk keperluan makanan mereka, pelajar kadangkala masih perlu bergantung kepada bantuan daripada penderma. Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama membantu menyediakan makanan kepada pelajar di Maahad Riadul Quran Addarussiyah dan maahad lain di Indonesia yang memerlukan dalam bentuk pakej makanan.
Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT akan gantikan dengan ganjaran yang sebaik-baiknya dan semoga sedekah tuan-tuan dan puan-puan di hari jumaat ini dapat menjadi wasilah atas ijabahnya doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan dan Puan!
Jangan terlepas shalawat kepada Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam di hari Jumaat bulan haram Zulkaedah!
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari Jumaat terakhir di bulan Muharram, jangan sampai terlepas melakukan amalan shalih di bulan haram awal tahun baru 1445 Hijrah ini, karena untuk bulan haram selanjutnya kita harus menunggu 4 bulan hadapan iaitu pada bulan Rejab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dalam keadaan baik, sihat dan sejahtera.
Alhamdulillah pasukan Asar Humanity mengunjungi Maahad Ad Darusiyah Cianjur Selatan untuk menghantarkan beras sebagai persediaan makanan pelajar tahfiz Quran. Terima kasih Tuan dan Puan, bantuan ini sangat bermanfaat untuk pelajar yang sedang menuntut ilmu di maahad ini.
Di mahaad ini terdapat kurang lebih 100 pelajar yang tersebut bisa untuk memenuhi kebutuhan sehari hari. Pelajar tahfiz yang bermukim di maahad ini berasal dari keluarga miskin dan beberapa dari mereka adalah anak yatim. Keterbatasan kewangan terkadang memaksa mereka untuk menahan lapar. Mereka tidak pernah meminta, karena begitulah izzahnya yang sangat mengjunjung tinggi nilai kesederhaan.
Namun tentu saja hati kita tak perasan melihat mereka kelaparan. Biarlah mereka belajar agama tanpa risau kelaparan untuk menjadi generasi syiar Islam di masa depan.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, sumbangan anda telah memberikan persediaan bagi pelajar tahfiz di Maahad ini. Semoga keberkahan dan pahala berlipat Allah SWT ganjarkan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam Jumaat Berkah!
Alhamdulillah kita sampai pada hari Jumat kedua di bulan Ramadan. Jangan terlewat keberkahannya!
Jom raih rahmat Allah SWT dengan amalan kebaikan, salah satunya adalah sedekah.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2022