SEDEKAH JUMAAT IMAN AMAL

RM165 / 2.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Iman dan Amal mempelawa orang ramai untuk menyumbang sedikit sedekah jumaat yang dapat memberikan manfaat kepada golongan anak anak yatim dan asnaf.


Dihari Jumaat yang mulia ini, jangan bertangguh-tangguh amalan yang baik. Ayuh memperbanyakkan sedekah. Lakukan sedikit demi sedikit sampai kita mampu istiqamah setiap hari. Pertubuhan kebajikan anak yatim dan asnaf ingin mengajak anda bersama-sama menyumbang demi kebaikan mereka yang sangat memerlukan.



Walaupun nilainya hanya RM1.00, anda telah menjadi sebahagian daripada orang yang membela nasib anak-anak yatim dan asnaf. Dengan sumbangan anda dapatlah kami di Pertubuhan Iman Amal menyediakan keperluan untuk anak-anak yatim dan asnaf di sini.


Kami sangat memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan bulanan dan pengurusan anak-anak yatim & asnaf disini. Antara kos perbelanjaan kami adalah untuk:

1. Pembelian kelengkapan dalam dan perabot

2. Elaun Asatizah

3. Keperluan harian

4. Makan minum

5. Pakaian

6. Kos pendidikan

7. Pengangkutan

8. Pembelian tanah baru untuk kompleks penempatan 2000 orang (Rumah anak yatim dan asnaf lelaki & perempuan)

9. Pengurusan Pertubuhan



Bantu kami membela nasib anak-anak yatim dan asnaf untuk menyediakan pengurusan dan keperluan makan minum dan pelajaran mereka. Melahirkan hafizah dan alimah menjadi ustazah di masa akan datang. Mari sama-sama ambil bahagian niatkan untuk orang tersayang. Semoga para penyumbang berjaya dunia dan akhirat. Jika tidak mampu menyumbang, sebarkan kepada orang lain untuk amalan jariah, kerana ia akan menjadi bekalan kebajikan anda di akhirat kelak InsyaAllah.




Sedekah itu walaupun sedikit, tetapi mampu menjauhkan kita dari api neraka. Semakin banyak sedekah, semakin jauh kita darinya. Hadis daripada Aisyah,

اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ

Yang bermaksud: “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (Riwayat Ahmad)


Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 23, 2022

WAN NORULHAKMAT WAN MOHAMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat