Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,128 / 37.60 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
61 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Menyayangi anak yatim adalah antara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, tambahan, anak yatim merupakan antara golongan yang disayangi baginda.
“Sebaik-baik rumah bagi orang Islam ialah jika anak yatim diperlakukan dengan baik dan seburuk-buruk rumah bagi orang Islam ialah jika anak yatim diperlakukan dengan buruk” (HR Ibnu Mubarak)


Dengan memuliakan anak yatim, insya-Allah kita dapat membuka peluang agar suatu hari nanti di syurga kita dapat dekat dengan Rasulullah SAW.

Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menyayangi anak yatim, salah satunya dengan memberi makan kepada anak yatim. Kalau tak dapat langsung, bolehlah kita sedekahkan melalui sedekah Jumaat di kempen ini.

Sedekah Jumaat yang terkumpul di laman kempen ini akan diagihkan kepada anak-anak yatim dalam bentuk pakej makanan bagi menampung keperluan makanan mereka untuk beberapa hari akan datang. Semoga Allah SWT membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik balasan, dan semoga dapat menjadi jalan untuk memakbulkan doa kalian sekeluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, sahabat Kesatria ASAR Humanity cabang Lombok Barat telah melaksanakan aksi bantuan kepada adik Alika yang berasal dari Dusun Kesume, Desa Banyuurip, Kecamatan Gerung, Lombok Barat.

Adik Alika, seorang anak yatim piatu yang baru sahaja kehilangan ayahnya dua bulan lalu, kini sedang berusaha untuk bertahan dalam kehidupan setelah ditinggalkan kedua ibu bapanya. Bantuan yang disalurkan ini diharapkan dapat meringankan beban hidupnya dan membantu memenuhi keperluan sehari-hari.

Terima kasih kepada ASAR Humanity dan sumbangan.com atas bantuan yang diberikan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan para dermawan dengan ganjaran yang berlipat ganda. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.
Mari teruskan misi kebaikan ini bersama ASAR Humanity!
https://sumbangan.com/sedekahjumaatkeperluanasasyatim
#ASARHumanity
#BantuAnakYatim
#BerkongsiRezeki
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Sep 09, 2024
ROHAIZA WATIE
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM11.00
Sep 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2024
RAHMAT RIZAL
Menyumbang sebanyak RM30.00
Sep 08, 2024