ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 08, 2022

SEDEKAH BONEKA BANTAL UNTUK KANAK-KANAK TERJEJAS BENCANA

RM425 / 14.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Serpihan bangunan menjadi permainan kanak-kanak terjejas bencana, sebaliknya trauma akibat bencana juga boleh menyelimuti mereka. Jom berikan boneka bantal untuk menemani mereka bermain dan tidur!


Trauma yang berlaku pada kanak-kanak biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Salah satunya akibat trauma bencana alam seperti gempa bumi yang menggegarkan wilayah Cianjur pada hari Isnin, 21 November 2022 dengan magnitud 5.6. Akibat daripada gempa bumi ini meninggalkan runtuhan bangunan di pelbagai tempat. Bukan itu sahaja, gempa bumi ini juga boleh meninggalkan trauma kepada kanak-kanak yang menyebabkan beberapa simptom seperti berpeluh sejuk, degupan jantung meningkat, sukar menumpukan perhatian dan corak tidur terganggu.



Demi menghilangkan trauma ini ada beberapa cara yang boleh dilakukan, salah satunya dengan mengajak kanak-kanak melakukan aktiviti bersama. Namun, perkara yang menyayat hati itu dapat dilihat ketika pasukan Asar Humanity berada di lokasi pemindahan dan terlihat beberapa kanak-kanak bermain dengan runtuhan bangunan sebagai medium permainan mereka. Selain berbahaya, ia juga boleh menjejaskan kesihatan mereka kerana runtuhan itu mengandungi habuk yang boleh disedut dan menjejaskan kesihatan pernafasan mereka.




Oleh sebab itu, melalui program sedekah boneka bantal ini, Asar Humanity ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama membantu kanak-kanak yang terjejas gempa bumi Cianjur dengan memberi boneka bantal. Boneka bantal ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai medium trauma healing kepada kanak-kanak yang ditimpa musibah, sebaliknya boneka bantal ini juga boleh digunakan untuk mereka tidur pada waktu malam. Selain itu ketersediaan bantal di pusat pemindahan masih minimum.



Teringat sabda Rasulullah SAW berikut:


مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ


“Barangsiapa melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, Allah akan melapangkan satu kesusahan dunia darinya pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat, dan Allah selalu menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya." [HR. Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu]



Oleh itu, marilah sama-sama kita membantu kanak-kanak yang terjejas gempa bumi di Cianjur melalui sedekah terbaik pada hari jumaat ini yang inshaAllah pahala sedekah dan keberkatan akan meliputi tuan-tuan dan puan-puan serta keluarga. InshaAllah, sedekah yang anda sumbangkan akan disalurkan dalam bentuk boneka bantal untuk kanak-kanak yang terjejas gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat. Jazakumullahu khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat