ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 09, 2025

SEDEKAH JUMAAT SUSU DAN NUTRISI UNTUK GENERASI

RM95 / 0.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu kami bawa susu, makanan dan harapan ke pelosok desa.


Melalui kempen Sedekah Jumaat kali ini, kita ingin mengajak anda semua untuk membantu anak-anak di pedalaman Indonesia Timur yang sedang berjuang melawan masalah kekurangan zat makanan.



Ramai keluarga di kawasan luar bandar Indonesia masih hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka hanya bergantung kepada sumber makanan dari alam seperti hasil kebun, hutan atau sisa makanan seadanya. Tanpa pengetahuan tentang pemakanan sihat, kanak-kanak membesar dengan kekurangan zat dan nutrisi yang penting untuk tumbesaran.



Ada yang terpaksa berlapar, ada yang hanya makan sekali sehari, malah ada juga yang tidak tahu bila akan makan lagi. Keadaan ini sangat membimbangkan, kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang. Melalui kempen ini, kami ingin menghantar:


1. Susu berkhasiat

2. Pek makanan sihat

3. Kit penjagaan kesihatan asas kepada keluarga dan anak-anak yang memerlukan.


Setiap sumbangan anda akan membantu mencegah malnutrisi dan memberi peluang kepada anak-anak kecil untuk membesar dengan sihat dan ceria.



Dengan izin Allah, kita ingin menyantuni lebih ramai anak-anak setiap minggu supaya mereka tidak lagi tidur dalam kelaparan dan boleh membesar dengan harapan yang cerah.


“Barang siapa memberi makan kepada saudaranya yang lapar, maka Allah akan memberinya makanan dari buah syurga.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

  • Jun 10, 2025


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 16, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2025

Kempen Sumbangan Tamat