Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,200 / 40.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
47 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun, sudah lebih seminggu gempa bumi bermagnitud 7.8 menggegarkan Turki. Data pada hari Isnin, 13 Februari 2023 bahawa seramai 36,143 orang meninggal dunia, 86,512 yang lain cedera dan lebih daripada 12,000 bangunan runtuh.
Pada masa ini, mangsa gempa bumi telah dipindahkan di beberapa tempat pemindahan yang disediakan. Sebaliknya, sejak hari pertama gempa bumi, pasukan Asar Humanity telah bergerak untuk bertindak terhadap gempa bumi yang berlaku untuk membantu mangsa gempa bumi dan kini pelbagai bantuan yang diamanatkan oleh penderma sedang disampaikan kepada mangsa gempa untuk memenuhi keperluan mereka.
Namun untuk terus memenuhi keperluan harian mangsa gempa, Asar Humanity tidak boleh bertindak sendirian dan memerlukan sokongan daripada penderma untuk memenuhi keperluan harian mereka. Oleh itu, Asar Humanity ingin mengajak anda untuk bersama-sama membantu mangsa gempa bumi Turki melalui sedekah jumaat yang mempunyai banyak fadhilat di dalamnya seperti:
1. Meluaskan pintu rezeki
2. Mempunyai pahala yang sama seperti bulan Ramadhan
3. Membawa keberkatan rezeki
4. Mendapat ihsan yang melimpah ruah
Justeru, marilah kita berganding bahu membantu mangsa gempa bumi Turki melalui sedekah jumaat. InshaAllah, sedekah yang anda sumbangkan akan diagihkan dalam bentuk makanan siap sedia dan air minuman untuk mangsa gempa bumi dan sukarelawan gempa bumi di Turki yang bekerja di lapangan selama ini. Semoga niat baik dan kebaikan anda, Allah SWT balas dengan kebaikan yang lebih baik bagi anda sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari Jumaat di tengah bulan Muharram, mari perbanyak bershalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam diartikan secara sederhana yakni rajanya hari. Hal ini dikarenakan hari Jumaat mempunyai keistimewaan dibandingkan hari lain. Kata Jumaat diambil dari kata “jama'a” yang artinya berkumpul.
Dekatkan diri kita kepada kekasih Allah SWT, agar mudah kita merayu rahmatNya. Ada waktu utama di hari Jumaat untuk berdoa dan bermunajat kepadaNya iaitu di waktu setelah Ashar hingga waktu Maghrib. Jangan sampai terlewat ya.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum tuan dan puan, semoga tuan dan puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera, aamiin
Beberapa waktu lalu kita dikejutkan dengan berita menyayat hati yang menimpa saudara kita di Turkiye, kerana gempa bumi berukuran 7.8 magnitud menggegarkan wilayah itu dan menyebabkan puluhan ribu rakyatnya meninggal dunia dan cedera.
Di tengah-tengah kesedihan yang menimpa mereka, alhamdulillah tuan dan puan hadir di tengah-tengah mereka memberikan kegembiraan melalui sedekah disumbangkan. Dan alhamdulillah, pada bulan Ramadhan 8 April 2023 ini, sedekah yang telah tuan dan puan sumbangkan telah diagihkan kepada mereka yang terselamat dari gempa bumi Turkiye berupa pakej makanan dan iftar yang telah digabungkan dengan kempen-kempen lain untuk meluaskan manfaat yang lebih luas.
Pengagihan telah dilaksanakan di 2 wilayah Turkiye, iaitu Kirikhane dan Narlica. Di Kirikhane sebanyak 500 hidangan berbuka puasa telah diterima oleh 500 beneficiaries, dan sebanyak 100 pakej makanan telah diterima oleh 100 keluarga. Manakala di Narlica seramai 500 beneficiaries telah menerima 100 hidangan berbuka puasa yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan.
Alhamdulillah, budi baik tuan-tuan dan puan-puan telah memberikan keceriaan kepada pelusuk Turikiye yang ditimpa musibah gempa bumi, yang mana hingga kini mangsa gempa Turkiye masih memerlukan bantuan makanan sebagai bahan persiapan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT balas dengan sebaik-baik ganjaran, dan semoga ini menjadi salah satu washilah diijabahnya doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Jom ambil kesempatan menghapus dosa dengan mohon ampunan kepada Allah dan bersedekah.
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (At-Taubah 9:103)
Bersedekah melalui Asar Humanity >> Klik!
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam Jumaat Berkah!
Alhamdulillah kita sampai pada hari Jumat kedua di bulan Ramadan. Jangan terlewat keberkahannya!
Jom raih rahmat Allah SWT dengan amalan kebaikan, salah satunya adalah sedekah.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2023
SITI ROHAIDAH MUSTAPA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2023