Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 14, 2025
RM560 / 18.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
35 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ibadah korban merupakan amalan yang dituntut dalam agama. Ibadah ini memperingatkan kita kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang benar-benar yakin terhadap perintah Allah SWT di mana baginda telah diperintahkan untuk menyembelih anaknya Ismail yang telah lama tidak berjumpa.

Disebabkan keimanan dan keyakinan baginda terhadap Allah SWT yang begitu besar sekali menjadikan baginda dengan serta merta menjunjung perintah Allah SWT, Yang Maha Pentadbir Seluruh Alam tanpa sebarang alasan untuk menyembelih anaknya. Akhirnya Allah SWT telah menggantikan anaknya Ismail dengan seekor kibas. Kisah ini perlu kita semua mengambil iktibar dengan belajar berkorban diri, harta dan masa yang kita ada untuk memenuhi segala titah perintah Allah SWT terhadap kita.

Sehubungan itu, pihak maahad membuka peluang kepada muslimin dan muslimat sekalian untuk bersama-sama bersedekah atau berinfaq bagi tujuan perlaksanaan ibadah korban kambing di sini tahun ini.

Kempen infaq daging kambing ini dapat memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban agar turut dapat meraih pahala korban dan pahala berkongsi rezeki kepada anak-anak tahfiz yang yatim dan asnaf serta penduduk kampung di sekitar maahad ini.

Pihak kami bercadang ingin mendapatkan tiga ekor kambing yang berharga RM3,000. Bersama mahad tahfiz ini, kami menggalakkan kalian berinfaq bermula serendah RM10 agar dapat anak-anak di sini merasai kelazatan daging kambing korban. Mari kita jadikan Hari Raya Korban ini penuh bermakna dengan menikmati rezeki bukan sahaja untuk kita, bahkan juga kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah melimpahkan keberkatan dalam hidup dan pahala berganda di akhirat serta beroleh reda-Nya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum, muslimin dan muslimat sekalian, pihak maahad sangat berterima kasih atas segala sumbangan yang di salurkan. Pihak kami sangat mengalu-alaukan sebarang sumbang dalam usaha membeli 3 ekor kambing bagi tujuan ibadah qurban tahun ini.Kos anggaran kambing tersebut sebanyak RM 3000 .Semoga sumbangan kalian ini dapat pihak maahad menjalankan ibadah korban kambing untuk dihidang buat santapan para pelajar di sini yang kebanyakan mereka merupakan anak-anak yatim dan asnaf.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 20, 2025