RAYUAN SEDEKAH KORBAN UNTUK ASNAF ANAK YATIM DAN WARGA EMAS DI KEMBOJA

RM205 / 2.44 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,400

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom, bersama kami bersedekah, dengan menjamu daging korban kepada, warga tua, asnaf dan anak yatim di Kemboja. Seorang sedikit, bersama, kita boleh beri makan kepada yang memerlukan di sini.


Tahukah anda bahawa masyarakat Islam Kemboja hanya merasai nikmat daging cuma setahun sekali? Ya benar, itupun sekiranya ada ihsan qurban dari negara luar. Bayangkanlah jika kita menduduki sebuah negara yang dipelopori oleh pemimpin berlainan agama. Segala keperluan pasti tidak dipenuhi, alasannya kerana kepercayaan yang tidak sama. 


Pasti perit sekali. Namun, begitulah hakikat yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Kemboja. Mereka dipandang hina dan dianggap tidak layak mendapat pembelaan. Rentetan sikap berat sebelah ini telah menyebabkan mereka merempat. Sehinggakan ada yang tidak mampu untuk membeli lauk buat makanan harian. Mereka hanya mampu menjamah nasi putih bersama air teh kosong.


Kami di MBCO ingin mengajak anda untuk membantu mereka. Jika anda tidak mampu unutk membantu sebahagian lembu, anda boleh sertai sedekah Qurban. Oleh itu, kami di Malaysia Borderless Care (MBCO), sebuah institusi dipercayai dan berpengalaman sudah hampir 14 tahun dalam melakukan Qurban Kemboja ingin mengajak anda bekerjasama dengan kami.


Jom sertai sedekah Qurban bersama kami pada tahun ini, kita sebarkan kebahagiaan kepada penduduk minoriti di Kemboja ini. Jika anda tidak mampu nak hadiahkan sebahagian lembu. Apa kata, anda hulurkan sedikit sumbangan agar dapat mencukupkan nilai sebahagian lembu.

Rasulullah SAW bersabda: "𝘈𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘈𝘓𝘓𝘈𝘏 𝘚𝘞𝘛 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘫𝘶𝘮𝘭𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘬𝘪𝘵." (Riwayat al-Bukhari)


Gambar agihan daging korban pada tahun-tahun lepas.


Jom! Sedekah berjemaah, berkongsi rezeki, menyantuni asnaf miskin, yatim dan warga tua di Kemboja. Bersama kita berkorban seorang sedikit, walaupun rm10. Semoga Allah terima sebagai amalan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat