ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 30, 2022

SEDEKAH KORBAN DAN BERKONGSI KEBERKATAN

RM560 / 2.24 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedekah korban adalah untuk kita berkongsi keberkatan bulan Zulijjah kepada yang kurang berkemampuan dan miskin dengan bersedekah dalam bentuk daging segar.


Apa itu sedekah korban? Sedekah korban ialah infaq serendah RM10 hingga RM100 daripada sesiapa yang ingin bersedekah dalam bentuk daging segar, khususnya bagi anda yang tidak mampu mengambil 1 bahagian lembu untuk berkorban.



Firman Allah Ta’ala:

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu”. (Surah Al-Hajj 22:37)



Infaq yang terkumpul ini akan digunakan untuk membeli seekor lembu atau atau lebih, atau untuk mencukupkan jumlah bahagian lembu yang terkurang lalu lembu tersebut disembelih pada Hari Raya Korban nanti, dilapah dan diagihkan dagingnya kepada orang-orang miskin. Kedua, daging ini tidak dikira daging korban tetapi hanya sedekah biasa dan hasrat untuk menyampaikan daging segar tetap tercapai pada Hari Raya Korban nanti.



Misi korban Iltizam Relief Society (ILTIZAM) pada tahun ini ialah untuk memberi sedekah daging segar kepada beribu keluarga-keluarga miskin di Malaysia, dengan fokus utama ialah di Daerah Kudat, Sabah, iaitu daerah yang telah dinobatkan antara yang termiskin di Malaysia.



Antara kawasan paling miskin di Kudat pula ialah di kepulauan perairan Sabah, yang mana kebanyakan mereka adalah nelayan miskin tegar yang hanya beberapa kali mendapat peluang makan daging dalam setahun. Bersempena Hari Raya Korban ini, peluang terbuka luas untuk kita menjalinkan hubungan persaudaraan dalam Islam melalui sedekah daging korban kepada mereka. Bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan semakin hampir dan bersamaan dengan perayaan Aidiladha ini, sama-samalah kita manfaatkannya untuk mendekatkan diri kepada Tuhan kita.



Sedekah korban akan dilaksanakan di Pulau Banggi dan jika ada rezeki untuk orang miskin di sana maka juga akan dilaksanakan di Parapat Laut dan Landung Ayang, semua tempat ini terletak dalam daerah Kudat dengan majoriti penduduk beragama Islam.



Pada 26 - 29 Mei 2022 yang lalu, kami telah pun melawat pulau-pulau ini dan kampung-kampung tersebut dan kami mendapati amatlah berbaloi berkorban di sini kerana menurut ketua kampung di sini, kampung-kampung terpilih tidak pernah melaksanakan korban pada masa ini, kehidupan mereka amatlah daif namun mereka masih berpegang dengan ajaran Islam. 



مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Hari Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” - Riwayat al-Tirmizi (1493)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat