PONDOK MODEN DARUSSALAM SIJANGKANG

Dimulakan pada Jul 01, 2022

SEDEKAH KOS OPERASI JULAI HINGGA DISEMBER PONDOK MODEN DARULSALLAM SIJANGKANG

RM3,000 / 1.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM180,000

196 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

YA ALLAH SWT, BANTU LAH KAMI MENGUMPUL DANA INFAQ UNTUK MENAMPUNG KOS OPERASI BULANAN JULAI - DISEMBER 2022 PONDOK MODEN DARUSSALAM SIJANGKANG BERJUMLAH RM180,000


Bantulah kami untuk mengumpul dana infaq untuk menampung kos operasi bulanan dari Julai-Disember 2022. Kami membuka "ladang pahala" ini kepada anda semua yang ingin bersama-sama menyumbang. Bukan niat kami untuk meminta-minta, tetapi kami ingin bersama-sama dengan sahabat semua, untuk meraih pahala dengan berinfaq waima RM10 sekalipun.




Bukan nilainya yang dipandang, tetapi amal jariah yang akan kekal untuk kita bawa bekalan apabila kita telah tiada di dunia ini. Setiap bulan Pondok Moden Darussalam Sijangkang memerlukan RM30,000 setiap bulan dan untuk kelansungan sepanjang tahun 2022, kami masih perlukan RM180,000 untuk menampung perbelanjaan kos operasi bulan JULAI sehingga DISEMBER 2022.


Di bawah adalah pecahan kepada dana kos operasi yang diperlukan untuk 6 bulan dari Julai sehingga Disember 2022 yang melibatkan kos sewaan, kos utiliti, kos tenaga pengajar dan kos sara hidup.









Pn. Sharifah, Pengelola Pondok Moden Darussalam Sijangkang



PMDS dikelola oleh Pn.Sharifah, seorang Ibu Tunggal yang menyambung hasrat arwah suaminya. Beliau telah mengusahakan PMDS selama hampir 4 tahun bersama arwah suaminya, Ustaz dan Ustazah. Segala macam ujian dalam memperjuangkan Rumah Al-Quran, PMDS. Kunjungan Ustaz Abdul Somad pada tahun 2019 sangat memberi kegembiraan dan kekuatan kepada seiisi keluarga PMDS.


Kami di PONDOK MODEN DARULSALLAM SIJANGKANG (PMDS), berkonsepkan “Home Tahfiz” atau “Pembelajaran Tahfiz di Rumah”. PMDS telah ditubuhkan sejak Januari 2018 berbeza dengan pusat atau madrasah tahfiz yang lain. PMDS terletak di Lot 1377, Jalan Utama Batu 8, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, 42500 Klang, Selangor.


Nama Pusat Tahfiz ini diambil sempena nama Pondok Moden Darussalam Gontor, sebuah institusi pengajian Islam yang termasyhur di dunia. PMDS telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam dan telah telah mendapat kelulusan, No. pendaftaran JLD.8 (42) untuk pondok putra. Menumpukan pengajian hafazan Al-Quran, pengajian Hadith, Bahasa Arab, Fardhu ‘Ain. Selain dari itu, PMDS juga membuka peluang untuk Hafiz dan Hafizah yang ingin mengambil SPM iaitu program "Fast Track SPM" yang mengambil guru-guru pakar dan penanda kertas SPM.



PMDS juga menyediakan "pathway" untuk para pelajar yang telah habis menghafal 30 juzuk Al-Quran serta pelajar yang telah mengambil SPM. Atas usaha itu PMDS telah menandatangani MOU bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Universiti Teknologi MARA.






KEJAYAAN ANAK-ANAK TAHFIZ PMDS



LIPUTAN AKHBAR TEMPATAN




Liputan Harian Metro di PMDS




Liputan Malaysia Gazette di PMDS


Tiada paksaan untuk jumlah nilai anda ingin berinfaq. Alhamdulillah sangat! Bayangkan dengan sedekah infaq ini,

anda boleh tambah keberkatan dalam pendapatan anda. Hidup anda lebih Tenang!  Urusan anda lebih Mudah! dan paling seronok, anda akan rasa sentiasa cukup, InsyaAllah. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi: 60122301769 (Pn.Amira).




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HSR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2022

HSR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat