"Jauhilah api neraka walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma."
(HR Ahmad)
Buah kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadhan. Rata-rata dapat kita lihat pelbagai aneka dan jenama dijual di pasaraya dan secara talian. Banyak hadis menyebut tentang disunnahkan bersahur dan berbuka puasa dengan kurma.

Bahkan Rasulullah SAW sangat suka makan kurma dan Baginda mengatakan pentingnya untuk mempunyai kurma di dalam rumah.
“Sebuah keluarga yang mempunyai kurma tidak akan lapar.”
(Hadis Sahih Muslim, 5078)
Justeru itu, di bulan mulia yang bakal menjelma ini, kami di PPIM mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen “Sedekah Kurma untuk Sahur dan Iftar Ramadhan” untuk semua golongan yang kurang berkemampuan. Agihan kurma ini akan diberikan kepada pusat tahfiz, rumah anak-anak yatim, pondok, golongan asnaf & golongan yang memerlukan. Hasrat kami biarlah semua dapat menikmati makanan sunnah Rasulullah SAW terutamanya di bulan Ramadhan. Besar harapan kami untuk sekiranya hasrat ini dapat direalisasikan bersama-sama dengan para penyumbang semua.

Tidak semua yang mampu untuk merasai kelazatan kurma terutamanya di bulan Ramadhan atas faktor kekangan kewangan. Dengan sumbangan hasil kempen ini dapat mereka merasai kesedapan & keenakan sebiji kurma ajwa atau lebih dikenali sebagai kurma nabi.
Semoga dengan sedekah yang kita sumbang ini, kita dapat sedikit sebanyak pahala dan menjadi asbab kebaikan kita semua. Semoga Allah SWT merahmati kita dan memberi ganjaran yang lebih besar insha Allah.
“Sesungguhnya naungan orang beriman di hari kiamat adalah sedekahnya.”

Alhamdulillah, bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT, pada 8/4/2022 bersamaan hari jumaat, sumbangan kempen “Sedekah Kurma untuk Sahur dan Iftar Ramadhan” berjaya diagihkan kepada golongan-golongan yang terpilih.

جَاءَ رَجُلٌ بِنَاقَةٍ مَخْطُومَةٍ فَقَالَ هَذِهِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَبْعُمِائَةِ نَاقِةٍ كُلُّهَا مَخْطُومَةٌ
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki telah menginfakkan seekor unta yang bercucuk hidungnya (tali) pada jalan Allah, lantas Rasulullah SAW bersabda: “Bagi kamu dengannya pada Hari Kiamat nanti tujuh ratus unta yang telah diikat tali pada hidungnya.”
(Riwayat Muslim: 5005, al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (3187), Ahmad (17222) dan Ibn Hibban: 4649)
Allah SWT akan melipatgandakan rezeki yang tiada sesiapapun mengetahui batasnya dan melipatgandakan rahmat-Nya kepada mereka yang bersedekah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang sentiasa memberi sumbangan melalui sumbangan.com.
Semoga kita semua dirahmati dan dimakbulkan doa-doa oleh Allah SWT. Ayuh, marilah kita terus menyumbang dan membantu saudara kita di luar sana!
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini