ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 03, 2022

SEDEKAH ELEKTRIK UNTUK SEKOLAH TAHFIZ QURAN

RM1,350 / 33.44 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,037

79 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita bantu pencahayaan pesantren tahfiz Al-Qur'an, agar pelajar tahfiz dapat menghafaz Al-Qur'an setiap masa.


Apa yang anda akan rasa apabila anda asyik membaca Al-Quran kemudian lampu tiba-tiba padam dan anda tidak mampu mengisinya lagi?


Kerana ketika itu kita sedang berbicara dengan Allah SWT melalui firmanNya, tetapi ketika khusyuk cahaya itu tiba-tiba padam.



Hal itu berlaku kepada beberapa sekolah tahfiz yang kini mengalami kekangan kewangan, di mana sekolah tersebut dibina atas dasar keprihatinan melihat anak-anak yatim dan fakir miskin yang tidak dapat melanjutkan pendidikan, sehingga pemilik sekolah tidak mengenakan yuran bulanan kepada pelajar. Biarpun pelajar tahfiz hidup dalam keadaan sederhana dengan segala keterbatasan mulai dari keadaan tempat tinggal sampai kepada makanan yang mereka makan, pelajar tahfiz menerimanya dengan penuh hati dan sabar.



Namun, jika masalah itu berkaitan dengan pencahayaan, bukankah itu masalah yang mendesak?


Kerana sebagai pelajar tahfiz yang harus menghafaz Al-Quran, akan ada batasan untuk mereka  bisa mengalunkan kalimah Allah SWT. Lebih-lebih lagi, jika mereka memaksa untuk terus membaca di bawah pencahayaan yang kurang baik, tentu akan menjejaskan kesihatan mata mereka, mereka mungkin mendapat mata minus atau silinder. Jika ini terjadi, maka mereka terpaksa menggunakan cermin mata minus/silinder yang tentunya tidak murah.




Pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW dan pada bulan yang inshaAllah penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT, marilah kita menyisihkan sedikit harta kita untuk membantu memberi pencahayaan kepada pelajar Tahfiz Al-Quran. Hal ini supaya mereka bisa membaca dan menghafaz Al-Quran setiap masa dengan RM161.49, pesantren Tahfiz Al-Qur'an di Indonesia akan dapat pencahayaan selama 1 bulan.



Berapa sahaja sedekah yang anda berikan inshaAllah akan menjadi catatan amal kebaikan anda yang akan dibalas oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat. Kerana sedekah bukan soal besar atau kecil jumlah yang diberikan, tetapi keikhlasan yang diutamakan. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT dalam melayari kehidupan fana di muka bumi ini, aamiin yaa rabbal ‘aalamiin. Jazakumullahu khairan Katsiran.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat