ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 08, 2025

SEDEKAH MAKANAN UNTUK SANTRI MAAHAD AINUL YAKIN DAN LAINNYA

RM50 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu santri maahad tahfiz, yatim dan dhuafa mendapatkan makanan yang layak bersama ASAR Humanity.


Baru-baru ini, ASAR Humanity telah menghantar pakej makanan kepada para pelajar di beberapa maahad yang memerlukan. Pakej tersebut mengandungi beras, makanan dalam tin, minyak, telur, dan bahan makanan lain yang diperlukan.



Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang membantu meringankan beban saudaranya, maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat.”



Bantuan ini sangat bermakna bagi mereka kerana di banyak maahad di Indonesia, santri tidak dikenakan bayaran untuk mempelajari Al-Quran dan mendalami ilmu agama.



Namun, di sebalik semangat mereka menuntut ilmu, masih ada kekurangan yang perlu kita bantu. Banyak maahad yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan untuk menyediakan makanan dan keperluan asas bagi para pelajarnya, salah satunya yaitu Pondok Pesantren Ainul Yakin di Jogja, Indonesia.



Oleh itu, ASAR Humanity mengajak anda semua untuk turut serta dalam program sedekah ini. Setiap sumbangan akan membantu lebih ramai santri mendapat makanan yang layak, agar mereka dapat terus menimba ilmu dengan tenang dan sihat. Marilah kita bersama-sama menjadi sebahagian daripada kebaikan ini untuk mendukung generasi pewaris Al-Quran, yang insya-Allah akan membawa kebaikan kepada umat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat