SEDEKAH BEKALAN MAKANAN ASAS DAN BARANG RUNCIT UNTUK ASNAF

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
20 Nov, 2023
SEDEKAH BEKALAN MAKANAN ASAS DAN BARANG RUNCIT UNTUK ASNAF
5.67%
RM170
/RM3,000
5
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Jom meraih keutamaan sedekah makanan, hantarkan makanan berkhasiat untuk warga asnaf yang tidak berkemampuan.

Di tengah-tengah kehidupan kita yang meraung, terdapat berjuta-juta saudara dan saudari kita yang terpinggir, mereka yang hidup di bawah bayang-bayang kemiskinan, bergelut untuk bertahan dengan satu hidangan sehari. Ini adalah panggilan kepada hati nurani kita, untuk bersama-sama menerima perubahan yang sebenar.

Kemiskinan bukan sekadar statistik, tetapi kisah hidup lebih 26 juta rakyat Indonesia. Angka-angka ini menggambarkan realiti pahit yang dihadapi oleh mereka yang terperangkap dalam perangkap kemiskinan akibat pengangguran, bencana alam dan perjuangan harian untuk memenuhi keperluan asas.

Asar Humanity menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian. Bersama-sama, kita boleh meringankan beban mereka yang paling memerlukan. Inilah masanya untuk berkongsi kegembiraan bagi golongan asnaf yang tak berkemampuan menyediakan makanan setiap hari. Dengan sumbangan bermula dari hanya RM10, kami boleh mengumpul dana untuk menyediakan makanan berkualiti kepada keluarga yang bergelut.

Bungkusan makanan asas dan barang runcit yang kami kumpul akan ditujukan kepada mereka yang sukar mendapatkan makanan berkualiti terutama mereka yang tinggal di jalanan. Sertai Asar Humanity dalam misinya untuk memerangi kelaparan dan kemiskinan. Setiap derma yang anda berikan mempunyai impak yang besar, membawa harapan dan perlindungan kepada mereka yang memerlukannya.

Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

29 Apr 2024

Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!

Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.

Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.

Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.

“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”

Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.

Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:

https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 21, 2023
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 21, 2023
AJ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 21, 2023
SITI SARAH ABU BAKAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 21, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH POKOK PRODUKTIF AGIHKAN GANJARAN BERTERUSAN
AIR MINUM BERSIH UNTUK PELAJAR TAHFIDZ QURAN SYAWAL INI
INFAQ BIL ELEKTRIK BULANAN RTQ SHOHIBUL MUKMININ
INFAQ LENGKAPKAN FASILITI DAPUR DAN PERALATAN ASAS YATIM DAN DHUAFA
INFAQ PEMBINAAN SURAU PONDOK WARGA EMAS TARBIAH AL UMMAH
Kempen Sumbangan Tamat