Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM95 / 3.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
7 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam menyambut penghujung tahun 1445 Hijriah, marilah kita sama-sama menyambut tahun baru dengan penuh kebaikan dan kasih sayang. Asar Humanity menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam inisiatif kebaikan ini dengan berkongsi makanan dengan mereka yang paling memerlukannya. Ramai warga asnaf terpaksa berhadapan dengan kehidupan yang sukar, sering mencari rezeki di jalanan bagi menyediakan makanan untuk keluarga.
Inilah masanya kita boleh memainkan peranan penting. Melalui kempen ini, Asar Humanity bertujuan menyediakan bungkusan beras dan barangan runcit kepada mereka yang hidup dalam keterbatasan. Bantuan kami dapat meringankan beban mereka dan memberikan sedikit kelegaan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Bayangkan betapa besar impaknya jika kita bersama-sama menghulurkan tangan dan berkongsi nasib baik yang kita ada.
Asar Humanity mengajak anda semua untuk bersama-sama memahami erti sebenar berkongsi rahmat, belas kasihan dan keprihatinan sesama manusia. Dengan menderma sebahagian daripada rezeki kita, bermula dari RM10, kita bukan sahaja membantu mereka yang sering kelaparan, malah mengundang keredhaan Allah SWT atas rezeki yang kita ada.
Jom jadikan detik ini lebih bermakna dengan berganding bahu menyebarkan kebaikan. Setiap derma yang anda berikan, tidak kira sekecil mana pun, boleh membawa harapan dan senyuman kepada mereka yang memerlukan. Ingat, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Amin, Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jul 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2024