Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 18, 2025
RM385 / 12.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengalu-alukan sebarang sumbangan makanan berkhasiat bertujuan untuk mencukupkan keperluan asas makanan berkhasiat harian anak-anak tahfiz di sini seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti, biskut, gula, teh, kopi, sos, kicap, rempah ratus dan sebagainya bagi meneruskan pengajian mereka dengan baik. Oleh kerana itu, pihak kami membuka peluang ini untuk sesiapa sahaja yang sudi memberi sumbangan atau pun infaq bermula serendah RM10.

Melalui infaq ini, sedikit sebanyak dapat menampung kos pengoperasian dalam penyediakan masakan makanan yang baik untuk kesihatan anak-anak di tahfiz ini. Selain itu, sumbangan orang ramai mampu memberi impak dan sokongan kepada anak-anak di sini dalam meneruskan menghafal Al-Quran dan pengajian ilmu agama mereka sehingga tamat.

Bahkan, bukan setakat itu sahaja, bayangkan dengan ilmu agama yang mereka peroleh itu, mereka dapat sebarkan agama kepada masyarakat dan berkhidmat kepada agama asbab daripada bantuan yang kita semua telah salurkan ketika mereka belajar dahulu. MasyaAllah. Ini adalah saham akhirat yang bermakna kepada kita semua kelak.

“Barangsiapa memberi makan seorang mukmin sehingga kenyang, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.’’(Hadis Riwayat Imam Tabrani)
Ayuh, kita raihkan pahala dengan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Semoga apa sahaja kita infaqkan ini akan mejadi kebaikan kita dan dimurahkan rezeki di panjangkan umur. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2025
KHAZRIN BIN KAMARULZAMAN
Menyumbang sebanyak RM100.00
Sep 25, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM30.00
Sep 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 24, 2025