Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM290 / 9.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mari kita akhiri bulan Zulkaedah dan sambut bulan Zulhijjah dengan amal soleh yang bermakna, dengan memberikan bantuan makanan asas kepada pelajar di maahad tahfiz. Sepanjang pelbagai masyarakat Islam, anak-anak yatim, OKU, dan fakir miskin masih sangat memerlukan sokongan kita agar mereka dapat terus mengejar impian dalam menuntut ilmu Al-Quran dan ilmu agama.
Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang besar bagi orang yang bersedekah makanan. Nabi Muhammad SAW mengajar bahawa sesiapa yang bersedekah akan masuk syurga melalui pintu yang khas. Bayangkan, dengan setiap butir beras yang kita sedekah, kita tanam benih pahala yang membawa kita ke syurga.
Dengan hanya RM10, anda boleh menyediakan bahan pek makanan yang mengandungi nasi, daging protein, sayuran, buah dan air minuman. Setiap sumbangan yang anda berikan akan menjadi penyampaian kasih sayang dan sokongan kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz yang gigih belajar walaupun dihadkan dengan kekurangan.
Marilah kita tunjukkan bahawa rasa ihsan tetap menjadi pendorong utama dalam hati kita, sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Tiada derma yang terlalu kecil. Sebarang bantuan daripada anda akan memberi mereka tenaga dan harapan baharu. Dengan hanya RM10, anda boleh mengubah hidup mereka, memberi mereka nutrisi yang diperlukan untuk terus belajar dan mendalami ilmu agama.
Mari berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan bersama pelajar maahad yang memerlukan. Seperti beberapa bulan yang lepas, doa dan sumbangan kami telah berjaya disalurkan kepada pelajar maahad yang amat memerlukan. Mereka makan dengan lahap dan menyampaikan syukur terima kasih atas hidangan mewah. Ayuh, rebut peluang beramal dan dapatkan pahala tanpa had. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dengan limpahan rahmatNya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga serta memberkati kamu dengan rahmat dan keampunanNya.
Alhamdulilah, ala kulli haal, pasukan Asar Humanity telah berjaya menyampaikan bantuan daripada Tuan Puan berupa makanan siap santap untuk 35 orang pelajar mahaad Rumah Tahfidz Asqaf 11 Bogor.
Selain itu bantuan makanan siap masak juga diberikan kepada pelajar Mahaad Miftahul Hidayah yang berada di Rancabungur, Bogor.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Alhamdulillah pelajar maahad tahfiz dapat menyantap makanan lazat penuh berkhasiat.
Terima kasih untuk para penyumbang yang telah memberikan bantuan, semoga dari bantuan makanan ini yang diberikan bisa menjadi amal jariah dan peringan hisab di akhirat nanti.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 07, 2024
ALIZAWATI AZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jun 07, 2024