ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 18, 2023

SEDEKAH MAKANAN HANGAT MUSIM SEJUK UNTUK YAMAN FASA 3

RM600 / 20.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

32 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Musim sejuk tak lagi indah kerana membawa maut di Yaman. Jom bersedekah makanan hangat supaya anak-anak di Yaman boleh bertahan hidup.


Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga anda dan keluarga selalu dalam keadaan baik dan sejahtera. Keadaan di Yaman semakin menghancurkan hati, di mana 23,4 juta warga Yaman hidup bergantung daripada bantuan kemanusiaan. Sedikitnya 4.3 juta orang tak punya rumah, mereka menjadi mangsa krisis kemanusiaan di negaranya sendiri. Mereka berpindah tempat untuk mendapatkan tempat tinggal yang dirasa lebih baik. Musim dingin tiba menjadi sebuah ketakutan karena boleh jadi membawa maut.




Tinggal di dalam khemah yang koyak, tilam yang ada sudah lusuh, pemanas ruanganpun baru boleh menyala jika ada bahan bakar. Tubuh mereka yang kedinginan tidak secara regular mendapatkan asupan makanan yang menjadi sumber tenaga. Lebih dari 17 juta dari warga Yaman dikabarkan mengalami keterbatasan makanan. Anak-anak tak berdosa direnggut oleh krisis yang berujung maut.


Adakah kita berdiam diri melihat mereka menderita?




"Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan, dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, akan dilipat gandakan ganjarannya, dan mereka akan mendapat pahala yang mulia." (Surah Al-Hadid: Ayat 18)


Tuan/Puan, Asar Humanity mengajak anda untuk membelanjakan harta anda di jalan Allah salah satunya dengan sedekah makanan hangat bagi keluarga pelarian di Yaman. Sedekah makanan sebagai sedekah yang diutamakan inshaAllah akan melipatgandakan keberkahan dari rezeki yang anda sumbangkan.


InshaAllah sumbangan anda diagihkan untuk makanan hangat yang memberikan mereka tenaga dan boleh bertahan hidup. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 22, 2023

KAMSANI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat