ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 14, 2023

SEDEKAH MAKANAN BERKHASIAT UNTUK SUKARELAWAN PENYELAMATAN GEMPA TURKI

RM250 / 8.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menabung pahala dari sedekah makanan untuk pasukan sukarelawan penyelamatan mangsa gempa di Turki!


Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera. Lepas 1 minggu sejak gempa bumi berkekuatan magnitud 7.8 mengguncang negara Turki dan utara Syria. Sehingga kempen ini ditulis pada 14 Februari 2023 pagi hari, sedikitnya 36,143 maut, dan lebih dari 86,512 terluka di wilayah Turkiye dan Syria. Laporan sementara mendata lebih 13 juta orang terjejas akibat gempa bumi ini.


"Lebih 233,000 anggota mencari dan menyelamat sedang bekerja di lapangan. Hampir 148,000 orang telah dipindahkan dari kawasan yang dilanda gempa bumi setakat ini." - Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD)




Pasukan kemanusiaan Asar dan pasukan sukarelawan telah dikerahkan untuk menjawab panggilan kecemasan. Menyertai bersama pertubuhan kemanusiaan dari seluruh dunia, mereka telah bekerja menyelamatkan warga terjejas dan mengagihkan bantuan tanpa jemu. Salah satu khemah bersama sukarelawan antarabangsa di Malatya, mencatat 300 sukarelawan dari seluruh dunia tinggal di kem ini. Secara bergantian mereka turun ke lokasi terjejas. Ketika kembali ke khemah letih sangat sehingga makan mereka lahap walaupun dengan makanan sederhana. Sukarelawan tidak merungut. Mereka bekerja dengan sepenuh hati. Sungguh mulia hati mereka. Semoga Allah memberikan keberkahan dalam setiap keringat dan tenaga yang mereka keluarkan untuk membantu mangsa gempa.




Asar Humanity memulakan pengumpulan dana untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk para sukarelawan. Dalam sehari dapur memerlukan 6000 Lira Turki atau sekitar 1400 ringgit untuk menyediakan 3 hidangan hidangan untuk lebih dari 300 sukarelawan.




Mari ambil kesempatan keutamaan bersedekah makanan. Pasukan sukarelawan ini sering terlupakan. Apalah kita yang belum berkemampuan datang membantu di lokasi gempa, maka sokongan makanan dari kita dapat menjadi semangat bagi mereka yang bertugas. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2023

NOR AZLIN NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat