Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM225 / 7.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam keadaan peperangan dan sekatan yang berpanjangan, akses kepada makanan sihat semakin sukar. Ramai di kalangan saudara kita di Palestin, termasuk kanak-kanak, terpaksa hidup dalam kekurangan zat makanan dan kelaparan.
Palestin kini sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.

Hampir 1.6 juta rakyat Palestin kini mengalami masalah akses kepada makanan sihat dan seimbang. Di Gaza khususnya, sekatan ekonomi yang berterusan menyebabkan kebanyakan keluarga tidak mampu membeli makanan yang mencukupi. Situasi ini semakin memburuk apabila harga barang naik mendadak dan bekalan makanan terhad.

Dalam situasi ini, anak-anak Palestin adalah yang paling terkesan. Ramai di antara mereka tidak mendapatkan makanan yang cukup untuk tumbesaran yang sihat. Selain kelaparan, mereka juga terdedah kepada pelbagai penyakit kerana kekurangan nutrisi yang memadai. Sebagai saudara seakidah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri." (HR. Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, ASAR Humanity menyeru kepada anda semua untuk menyertai program ini dengan bersedekah demi menyediakan Paket Makanan Sehat untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Sedekah yang terkumpul akan digunakan untuk mengirimkan makanan sihat, makanan siap santap, serta makanan khusus untuk kanak-kanak di Palestin. Setiap derma yang kita berikan bukan sekadar menyelamatkan nyawa, tetapi juga menjadi jariah yang akan terus mengalir pahalanya, insya-Allah.
Bersamalah kita dalam usaha murni ini, dan jadikan sedekah anda sebagai tanda kasih sayang dan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin yang sedang bergelut dengan krisis pangan. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda atas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

🌍 29 November - Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin
Hari ini, kita bersama-sama memperingati perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah gentar demi hak, kebebasan, dan maruah mereka. Sebarkan kesedaran, tingkatkan doa, dan teruskan usaha membantu mereka yang memerlukan.
💔 Selamanya Jaga Palestin, selamanya bersama mereka. 💔
#SelamanyaJagaPalestin
#SolidaritiUntukPalestin
#PrayForPalestine

Peringatan 1 tahun genosida di Palestin mengingatkan kita tentang penderitaan yang tak berkesudahan. Mereka yang terkorban dan yang masih berjuang di tanah suci tidak pernah dilupakan. Selamanya, kita akan berdiri bersama Palestin.
Teruskan doa dan perjuangan kita untuk membela hak dan kebebasan mereka. Jangan pernah lelah untuk terus bersedekah dan berdonasi demi saudara-saudara kita di Palestin. Bantuan anda sangat bermakna untuk meringankan penderitaan mereka.
#SelamanyaBelaPalestin #KeadilanUntukPalestin #TerusBantuPalestin
Mari Teruskan Derma untuk Palestin!
https://sumbangan.com/makananuntukpalestin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Sep 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Sep 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 21, 2024