Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 24, 2024
RM600 / 20.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
36 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Nurul Hidayah ingin membuka peluang kepada anda yang budiman memberi sumbangan ikhlas untuk sama-sama mengumpul saham akhirat dengan infaq pembelian batu-bata bagi pembangunan maahad tahfiz.
Tujuannya adalah untuk membina kemudahan dewan makan, dapur masak yang luas dan lain-lain lagi bagi kemudahan dan keselesaan anak-anak syurga yang sedang menuntut ilmu. Semoga dengan adanya bangunan yang selesa ini,ia akan memberi semangat bagi penuntut meningkatkan ilmu pengetahuan dan melahirkan generasi ulul albab yang beramal soleh.
Batu-bata amat diperlukan dalam menyiapkan kerja-kerja pembinaan dapur masak, dewan makan dan lain-lain lagi. Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq pembelian batu-bata ini bagi mempercepatkan proses pembinaan bangunan yang belum selesai. Kami berharap anda dapat sama-sama membantu dan merealisasikan hajat dan impian pihak maahad untuk menyiapkan prasarana maahad yang belum siap sepenuhnya ini.
Sehubungan itu, melalui infaq kalian ini insya-Allah akan mempercepatkan proses pembinaan tersebut. Pihak maahad akan mendoakan para penginfak agar sentiasa diberi rahmat dan hidayah serta rezeki yang melimpah ruah dalam ketaatan kepada Allah SWT.
Marilah menabur benih kebajikan dengan menghulurkan sumbangan seikhlas hati bermula RM10 dalam kempen ini. Semoga dengan sumbangan yang anda salurkan ini menjadi saham yang untuk kehidupan akhirat kelak. Dengan sempurnanya projek ini akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan para pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dan usaha melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang keilmuan agama.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2024
GAN THIAM SENG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 25, 2024