PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ IBNU ABBAS

Dimulakan pada Jul 19, 2022

SEDEKAH OPERASI BULANAN UNTUK TAHFIZ IBNU ABBAS FASA 7

RM795 / 15.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami sangat berhajat serta berbesar hati sekirannya muslimin dan muslimat membantu mendapatkan dana untuk yuran tertunggak serta kos-kos operasi Ibnu Abbas.


Sekali lagi pihak Tahfiz Ibnu Abbas (PPTIA) terpanggil untuk mengadakan kempen sedekah. Buat masa ini kami masih lagi memerlukan dana bagi menampung kos yuran tertunggak, sewa rumah tahfiz, utiliti bulanan, dan lain-lain lagi. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada bulan Mac 2020 yang lalu. Kebanyakkan pusat tahfiz swasta menghadapi kesulitan dari segi pengurusan kerana kekangan kewangan. Pusat tahfiz swasta kebanyakkannya berjalan dengan bantuan yuran dan keprihatinan para penyumbang daripada masyarakat Islam tempatan kita.



Oleh kerana itu kami sedang mencari dana untuk menampung yuran tertunggak pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Kini, yuran tertunggak Ibnu Abbas sudah mencecah hampir RM30,000.00. Kami sangat berhajat serta berbesar hati sekirannya muslimin dan muslimat membantu mendapatkan dana untuk yuran tertunggak serta kos-kos operasi Ibnu Abbas.



Selain berniat sedekah untuk diri sendiri, muslimin dan muslimat boleh juga berwaqaf dengan niat untuk ibu bapa atau keluarga kerana Allah SWT. Ayuh sumbangkan sedikit wang untuk ibu bapa kita yang tercinta. Mudah-mudahan dengan sumbangan ini menjadi bekalan pahala yang mengalir tanpa henti buat mereka. InsyaAllah.


“ 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 ( 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚 ) 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐮𝐦𝐩𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐢𝐣𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐢𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐡 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐢 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐛𝐢𝐣𝐢. 𝐃𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐩𝐚𝐭𝐠𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢𝐍𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐋𝐮𝐚𝐬 ( 𝐊𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐍𝐲𝐚 ) 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢”. ( 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐁𝐚𝐪𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟔𝟏)



والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAIZAT IZZUDDIN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2022

SITI AWA BINTI ABDUL MANAF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat