ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 01, 2025

SEDEKAH BAJU SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK MISKIN DAN YATIM DI BULAN MUHARRAM

RM555 / 5.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Satu seragam, satu semangat, satu harapan untuk masa depan. Ayuh bersama kita jayakan usaha ini, derma sekarang!


Di ASAR Humanity, kami percaya bahawa salah satu cara untuk keluar dari kitaran kemiskinan adalah dengan memberi peluang terbaik kepada anak-anak untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Namun begitu, realitinya, ramai anak-anak yatim dan miskin di seluruh negara tidak mampu untuk terus bersekolah dengan baik kerana mereka tidak mempunyai baju sekolah yang sempurna, kasut, beg, atau peralatan asas yang lain.



Ada yang hanya memakai baju sekolah lusuh yang dikongsi adik-beradik, ada pula yang tidak hadir ke sekolah kerana malu dengan penampilan mereka. Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda untuk bersedekah baju sekolah dan kelengkapan asas lain seperti kasut, beg sekolah, dan alat tulis, supaya anak-anak ini boleh bersekolah dengan lebih yakin dan bersemangat.



Biar sedikit, asal berterusan. Satu baju sekolah daripada anda boleh jadi harapan besar untuk seorang anak kecil yang sedang berusaha keluar dari kehidupan yang sukar.


"Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat."

(Hadis Riwayat Muslim)



Mari kita bersama mencipta senyuman dan menyemai harapan baru dalam hidup mereka. Satu seragam, satu semangat. Satu sumbangan, satu masa depan. Jom jadi penyebab anak-anak ini tersenyum dan terus belajar!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 03, 2025

NORZIMA BINTI KAMSAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 02, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 02, 2025

Kempen Sumbangan Tamat