ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 24, 2023

SEDEKAH PAKEJ MAKANAN DAN BARANG RUNCIT WARGA MISKIN DI YAMAN

RM160 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Belum semua mendapatkan bantuan makanan, jom hantarkan terus makanan berkhasiat untuk saudara kita di Yaman yang aman sangat kelaparan!


Lebih 80% penduduk Yaman hidup di bawah paras kemiskinan, dengan pendapatan harian kurang daripada RM9. Lebih daripada 66% penduduk menghadapi kelaparan kronik, selalunya tidak mengetahui akan mempunyai sesuatu untuk dimakan esok. Konflik yang berterusan di Yaman telah menyebabkan kebuluran dan kekurangan makanan yang meluas. Menurut data dari Program Makanan Sedunia (WFP), seramai 17.4 juta orang di Yaman saat ini tidak mempunyai akses kepada makanan yang mencukupi.



Krisis ini semakin teruk ketika harga makanan telah meningkat dengan ketara, tidak sebanding dengan kemampuan membeli masyarakat Yaman. Mangsa utama dari krisis makanan ini adalah kanak-kanak Yaman yang menderita kelaparan. Malnutrisi pada kanak-kanak boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut, pembaziran masa dan peluang, serta masalah kesihatan lain yang boleh membawa kesan sepanjang hayat.



Asar Humanity menjemput anda memberikan bantuan dalam bentuk makanan berkhasiat yang akan membantu mengatasi kelaparan dan membekalkan keluarga miskin di Yaman dengan pakej makanan asas dan berkhasiat. Selain itu, bantuan ini juga akan mengurangkan tekanan kewangan kepada keluarga, membolehkan mereka menggunakan wang sedia ada untuk keperluan asas lain seperti persekolahan dan kesihatan anak-anak.



Bermula dari RM10, derma anda akan digunakan untuk menyediakan bungkusan makanan yang mengandungi beras, kacang, minyak, susu, gula, tepung jagung dan barangan runcit penting lain untuk keluarga di Yaman. Mengunjungi Ma’rib iaitu satu kawasan di Yaman dengan ramai penduduk miskin dan sangat membutuhkan. Alhamdulillah dari kempen sebelumnya kami menyampaikan amanah anda dalam bentuk pakej makanan asas dan barang runcit bagi puluhan keluarga miskin di sana.



Sayang sekali beberapa dari mereka belum mendapatkan pakej yang sama. Sehingga tulusnya hati ketika masak makanan, mereka juga berbagi kepada jiran yang tidak mendapatkan pakej bantuan. Kami ingin kebaikan ini tidak berhenti, sehingga keluarga yang belum mendapatkan bantuan, akan mendapatkan juga suplai makanan. Kebaikan ini harus terus berlanjut. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat