Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM347 / 11.57 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masya-Allah, makanan yang kita berikan boleh menjadi panduan kita ke syurga kelak. Lebih-lebih lagi jika kita sedekahkan makanan ini kepada pelajar tahfiz yang membaca dan menghafaz ayat suci Al-Quran setiap hari.

"Sesiapa yang memberi makan seorang mukmin sehingga dia kenyang kelaparan, Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dapat dimasuki orang lain." (HR. Thabrani)

Ia bukan sahaja dapat memenuhi keperluan makanan mereka, malah dapat memberikan tenaga kepada pelajar tahfiz untuk menghafaz Al-Quran sehingga setiap ibadah yang mereka lakukan, insya-Allah pahalanya juga mengalir kepada kita.

Melalui kebaikan tersebut, janganlah kita mensia-siakan kebaikan yang akan diperolehi ketika bersedekah. Anda boleh memberikan sedekah terbaik di laman kempen ini yang akan diagihkan dalam bentuk pakej makanan kepada pelajar tahfiz yatim yang memerlukan.
Jom! #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, satu lagi langkah positif telah berjaya dilaksanakan melalui Program Pemberdayaan Komuniti ASAR Humanity. Baru-baru ini, kami telah menjalankan aktiviti pelepasan anak ikan sebagai usaha menyokong pembangunan sumber makanan lestari di Maahad Darul Amanah, sebuah sekolah Islam percuma yang komited membantu generasi muda melalui pendidikan dan latihan kemahiran hidup.

Dengan kerjasama erat antara ASAR Humanity dan Maahad Darul Amanah, para pelajar diberi pendedahan dan latihan dalam bidang ternakan ikan, bertujuan untuk membantu meningkatkan sumber makanan bagi pihak maahad dan juga memastikan pelajar mendapat pemakanan yang lebih baik dan seimbang.

Sekolah ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyumbang dan pihak yang terlibat kerana membantu mereka menjayakan inisiatif ini. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut makanan, tetapi juga melatih pelajar dengan kemahiran yang mampu menjadikan mereka lebih berdikari dan berdaya tahan dalam kehidupan.

Semoga program ini menjadi contoh kepada lebih banyak maahad dan komuniti di seluruh negara untuk membina kehidupan yang lebih lestari dan seimbang, sambil kita terus mengumpul pahala melalui wakaf dan infaq yang memberi kesan jangka panjang.
“Satu sumbangan kecil hari ini, membina kehidupan berdikari untuk masa depan.”
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah pasukan ASAR Humanity telah melaksanakan distribusi bantuan pakej pangan untuk Ponpes Roudhatul Qur'an yang berada di Carenang Banten.

Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkahan untuk para santri yang sedang menuntut ilmu Al-Qur'an serta dapat meringankan beban mereka. Pengurus dan santri Ponpes Roudhatul Qur'an mengucapkan terima kasih kepada semua donatur atas keikhlasan dan sokongan yang diberikan.


Mari kita terus bersama-sama menyebarkan manfaat dan kasih sayang kepada sesama.
https://sumbangan.com/sedekahjumaatyatim4
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#BantuanPangan
#BerkahUntukSemua"
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 27, 2024