Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM200 / 6.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Menyayangi anak yatim adalah antara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, tambahan, anak yatim merupakan antara golongan yang disayangi baginda.

Dengan memuliakan anak yatim, insya-Allah kita dapat membuka peluang agar suatu hari nanti di syurga kita dapat dekat dengan Rasulullah SAW.
“Sebaik-baik rumah bagi orang Islam ialah jika anak yatim diperlakukan dengan baik dan seburuk-buruk rumah bagi orang Islam ialah jika anak yatim diperlakukan dengan buruk” (HR Ibnu Mubarak)
Sayangi anak yatim dengan mencukupi kebutuhan makan mereka!

Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menyayangi anak yatim, salah satunya dengan memberi makan kepada anak yatim. Kalau tidak dapat secara langsung, bolehlah kita sedekahkan melalui sedekah di kempen ini.

Sedekah yang terkumpul di laman kempen ini akan diagihkan kepada anak-anak yatim dalam bentuk pakej makanan bagi menampung keperluan makanan mereka untuk beberapa hari akan datang. Semoga Allah SWT membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik balasan, dan semoga dapat menjadi jalan untuk memakbulkan doa kalian sekeluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, satu lagi langkah positif telah berjaya dilaksanakan melalui Program Pemberdayaan Komuniti ASAR Humanity. Baru-baru ini, kami telah menjalankan aktiviti pelepasan anak ikan sebagai usaha menyokong pembangunan sumber makanan lestari di Maahad Darul Amanah, sebuah sekolah Islam percuma yang komited membantu generasi muda melalui pendidikan dan latihan kemahiran hidup.

Dengan kerjasama erat antara ASAR Humanity dan Maahad Darul Amanah, para pelajar diberi pendedahan dan latihan dalam bidang ternakan ikan, bertujuan untuk membantu meningkatkan sumber makanan bagi pihak maahad dan juga memastikan pelajar mendapat pemakanan yang lebih baik dan seimbang.

Sekolah ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyumbang dan pihak yang terlibat kerana membantu mereka menjayakan inisiatif ini. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut makanan, tetapi juga melatih pelajar dengan kemahiran yang mampu menjadikan mereka lebih berdikari dan berdaya tahan dalam kehidupan.

Semoga program ini menjadi contoh kepada lebih banyak maahad dan komuniti di seluruh negara untuk membina kehidupan yang lebih lestari dan seimbang, sambil kita terus mengumpul pahala melalui wakaf dan infaq yang memberi kesan jangka panjang.
“Satu sumbangan kecil hari ini, membina kehidupan berdikari untuk masa depan.”
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah pasukan ASAR Humanity telah melaksanakan distribusi bantuan pakej pangan untuk RTQ Al Abrar yang berlokasi di Perumahan Bumi Tanetea Mas, Desa Nipa-nipa, Kec. Pajukukang, Kab. Bantaeng Sulawesi Selatan.

Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkahan untuk pengurus dan pelajar yang sedang menuntut ilmu Al-Qur'an serta dapat meringankan beban mereka. Santri RTQ Al Abrar mengucapkan terima kasih kepada semua donatur atas keikhlasan dan sokongan yang diberikan.

Mari kita terus bersama-sama menyebarkan manfaat dan kasih sayang kepada sesama.
https://sumbangan.com/sedekahiftarfasa1
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#BantuanPangan
#BerkahUntukSemua
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 30, 2024