Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT
Dimulakan pada Aug 21, 2025
RM155 / 0.31 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
10 Penyumbang
38 Baki Hari
Bumi Syam adalah sebuah negeri yang sangat istimewa, sebuah tanah yang dipenuhi keberkatan. Di sinilah para nabi dan rasul dilahirkan, menjadikan tanah ini memiliki kedudukan yang amat mulia di hati setiap Muslim.

Bumi Syam merangkumi Syria, Palestin, Lubnan, dan Jordan. Ia bukan sekadar wilayah geografi, tetapi bumi yang Allah muliakan. Bumi yang pernah menjadi pusat tamadun, dan dikenali sebagai negeri akhir zaman. Namun hari ini, setelah bertahun-tahun konflik yang tidak pernah berhenti, wajah Bumi Syam berubah sama sekali. Kehidupan jutaan warganya hancur berkecai. Di Syria, hampir satu dekad peperangan telah meragut segalanya,

Rumah mereka musnah, pekerjaan hilang, dan akses kepada keperluan asas semakin sukar diperoleh. Setiap hari mereka harus berjuang melawan kelaparan, kesejukan, dan ketidakpastian masa depan.
Bumi yang dahulu penuh berkat kini hampir lenyap ditelan perang dan penindasan. Padahal inilah negeri yang dimuliakan oleh Allah, tanah yang sepatutnya menjadi cahaya dan teladan bagi dunia. Tetapi kini, yang tinggal hanyalah runtuhan bangunan, khemah-khemah lusuh, dan wajah-wajah penuh duka yang sedang menanti pertolongan.

Di tengah krisis yang tiada penghujung ini, Global Sedekah Movement hadir membawa setitik harapan. Kami berkomitmen untuk menyalurkan bantuan makanan berupa hidangan siap saji yang sihat dan berkhasiat kepada saudara-saudara kita yang berada di kem pelarian Bumi Syam dan sekitarnya. Harapan kami sederhana, agar mereka tetap mampu bertahan, walau dalam keadaan yang paling getir sekalipun.

Dengan Program Sedekah ini, kita boleh memberikan lebih banyak hidangan bergizi kepada anak-anak kecil yang sedang kelaparan, para ibu yang berjuang sendirian, dan warga tua yang hanya mampu berharap pada belas kasihan sesama Muslim.

Bayangkan, sedekah kecil dari kita boleh menjadi penguat semangat bagi mereka yang sedang diuji di tanah yang diberkati ini. Setiap sesuap makanan yang sampai kepada mereka bukan sahaja mengenyangkan perut, tetapi juga menyalakan kembali cahaya harapan di hati yang hampir padam.

Mari bersama-sama menjadi sebahagian daripada kebaikan ini. Jangan biarkan saudara kita di Bumi Syam terus berjuang sendirian. Sedekah anda hari ini boleh menjadi sebab mereka tersenyum esok.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 01, 2025
MEOR ROSAZMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2025