ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Jun 23, 2022

SEDEKAH PEK MAKANAN FOOD TRUCK PERCUMA ANAK YATIM

RM1,905 / 19.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

111 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Hantar makanan lazat dan bergizi kepada anak yatim menggunakan Humanity Food Truck.


"Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim akan masuk syurga seperti ini," Rasul mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merapatkannya. (Riwayat Bukhari).


Jika kita melihat sekeliling, masih ramai kanak-kanak yang hidup tidak senasib baik dengan kita. Pada usia di mana mereka perlu menghabiskan masa bermain, mereka terpaksa menerima realiti yang pahit. Mereka terpaksa bertungkus-lumus untuk menyara kehidupannya. Memenuhi keperluan makan dan keperluan harian lainnya berseorang tanpa ada sokongan.


Tidak jarang mereka terpaksa melakukan apa-apa kerja yang menghasilkan untuk menyara kehidupan. Di Indonesia terdapat 600 ribu anak yatim yang terabai. Sungguh menyedihkan apabila kita merenung nasihat agama dan para rasul yang mewajibkan kita mencintai dan membahagiakan anak-anak yatim.



Sebagaimana sabda Nabi:
“Sesiapa yang memelihara anak yatim di kalangan kaum muslimin sehingga dia menjaga makan dan minumnya, nescaya Allah akan memasukkan orang itu ke dalam syurga. Kecuali orang itu melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (HR Tirmudhi)

Insya Allah, menolong anak yatim memiliki keutamaan seperti berikut:

1. Pahalanya sama dengan Jihad di Jalan Allah
2. Dapatkan surga
3. Seperti orang yang solat pada waktu malam
4. Menambah rezeki


Apakah kita akan diam melihat ramainya anak yatim menderita? Dalam berkongsi kebahagiaan, ACT akan mengagihkan ribuan makanan lazat dan bergizi kepada anak yatim menggunakan Humanity Food Truck. Humanity Food Truck ACT ialah trak makanan ACT percuma dengan kabin yang berfungsi sebagai dapur lengkap dengan peralatan memasak dans krew yang boleh menghidangkan beribu-ribu hidangan makanan sedia untuk dimakan yang lazat dan berkhasiat. Trak tersebut akan hantarkan pek makanan ke pelbagai wilayah di Indonesia, bermula dari di lokasi bencana maupun di pemukiman padat penduduk miskin.




Ayuh, kirimankan sedekah anda dan jadikan Food Truck ini terus hantarkan makanan percuma yang lazat kepada ramai anak yatim di seluruh Indonesia. Jazakumullah khayran. Insya Allah, setiap sedekah makanan yang diberikan menjadi asab kebaikan untuk anda dan keluarga tercinta. Aamiin ya Rabb.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SYAFIQ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat