Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM255 / 8.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Aktiviti pelajar mengaji dan menghafaz Al-Quran di Maahd Az-Zain yang terletak di Sukabumi, Jawa Barat terbantut akibat kebakaran yang memusnahkan maahad tersebut pada pukul 2 pagi 29 Ogos 2024.

Kebakaran yang berlaku pada sebelah pagi itu membimbangkan pelajar, kerana ketika itu ada antara mereka yang sedang tidur. Lebih-lebih lagi ada pelajar yang terperangkap akibat kebakaran tersebut, namun alhamdulillah berjaya terselamat.

Kini keadaan Maahad Az-Zain musnah dijilat api sehingga semua bangunan perhimpunan, gudang dan asrama pelajar lelaki musnah. Termasuk tilam, uniform pelajar, alat tulis, dan Al-Quran yang tidak boleh digunakan lagi.

Sebaliknya, pelajar Maahad Az-Zain masih perlu meneruskan pembelajaran dan hafazan untuk mengamalkan hadis Rasulullah SAW berikut:
"Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim" (HR. Ibnu Majah)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah berjaya mendistribusikan perlengkapan pembelajaran kepada Rumah Quran Al Fatih di Cikaramat, Kabupaten Bogor. Aktiviti ini berlangsung dengan penuh keberkatan dan disambut dengan keceriaan serta semangat yang tinggi oleh para pelajar. Bantuan ini diharapkan dapat mendukung proses pembelajaran mereka, khususnya dalam mempelajari dan mendalami Al-Quran.

Sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.” (Surah Al-Zalzalah: 7)
Kata-kata syukur dan terima kasih disampaikan oleh pihak Rumah Quran Al Fatih dan para pelajar kepada para donatur yang telah berkongsi rezeki demi mendukung pendidikan mereka. Setiap sumbangan yang diberikan adalah bentuk amal jariah yang insya-Allah akan terus mengalir pahalanya.

ASAR Humanity berkomitmen untuk terus memberikan manfaat kepada lebih banyak institusi pendidikan dan anak-anak yatim. Kami mengajak saudara sekalian untuk turut serta dalam misi mulia ini, kerana sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi keberkatan dan kebaikan yang berlipat ganda di sisi Allah SWT. Mari bersama-sama membangun generasi cinta Al-Quran.
Mari teruskan misi kebaikan ini bersama ASAR Humanity!
https://sumbangan.com/sedekahkeperluanasasanakyatim
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2024
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 11, 2024
B ROKIAH BINTI REDAWAN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 11, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Sep 11, 2024