Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ IBNU ABBAS
Dimulakan pada Jun 16, 2022
RM1,915 / 38.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
108 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sekali lagi pihak Tahfiz Ibnu Abbas (PPTIA) terpanggil untuk mengadakan kempen sedekah Jumaat. Buat masa ini kami masih lagi memerlukan dana bagi menampung kos yuran tertunggak, sewa rumah tahfiz, utiliti bulanan, dan lain-lain lagi. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada bulan Mac 2020 yang lalu, kebanyakkan pusat tahfiz swasta menghadapi kesulitan dari segi pengurusan kerana kekangan kewangan. Pusat tahfiz swasta kebanyakkannya berjalan dengan bantuan yuran dan keprihatinan para penyumbang daripada masyarakat Islam tempatan kita.
Oleh kerana pandemik Covid-19 ini, ramai yang terjejas pendapatan mereka sehingga ada antara mereka yang tidak dapat meneruskan sumbangan mereka yang tetap mahupun yang tidak tetap. Perkara ini telah menggugat perjalanan kebanyakkan pusat tahfiz swasta di Malaysia.
Kami sedang mencari dana untuk menampung yuran tertunggak pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Kini, yuran tertunggak Ibnu Abbas sudah mencecah hampir RM30,000.00. Kami sangat berhajat serta berbesar hati sekirannya muslimin dan muslimat membantu mendapatkan dana untuk yuran tertunggak serta kos-kos operasi Ibnu Abbas.
Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan. Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan muslimin dan muslimat. Semoga Allah membalas segala budi para dermawan sekali dengan pahala yang berganda. Amiin.
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 17, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 17, 2022
AHMAD SUHAIRI BIN DAPAT
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2022