ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 01, 2024

SEDEKAH AL QURAN UNTUK PELAJAR MAAHAD

RM460 / 15.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan terlepas bersedekah Quran untuk meraih amalan kebaikan yang akan mengalir sepanjang hidup dunia akhirat. Marilah bersedekah Al Quran bagi pelajar maahad tahfiz yang paling memerlukan!


Al-Quran adalah panduan hidup yang membawa kita ke jalan yang benar. Setiap ayat yang dibaca membawa pahala yang besar dan menjadi bekal di dunia dan akhirat. Dengan menyertai program ini, anda mengambil bahagian dalam menyebarkan kebaikan abadi.



Sebelum ini, dengan sumbangan anda, kami telah berjaya menyediakan Al-Quran untuk pelajar maahad tahfiz dan tempat mengaji Al-Quran di luar bandar. Namun, kebaikan tidak terhenti di sini. Masih ramai pelajar dan pusat pengajian yang memerlukan naskhah Al-Quran untuk meneruskan usaha mendalami ilmu agama.



Pelajar maahad tahfiz berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafaz dan memahami Al-Quran, namun ramai antara mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan naskhah Al-Quran yang berkualiti. Rasulullah SAW bersabda tentang betapa besar pahalanya membaca setiap huruf Al-Quran:


"Barangsiapa membaca satu huruf Al-Quran, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dilipatgandakan sepuluh kali lipat." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)



Bayangkan, setiap kali Al-Quran dibaca dan dihafaz oleh pelajar tahfiz, ia akan menjadi aliran pahala yang terus mengalir kepada kita, tanpa henti. Dengan sumbangan hanya RM35, anda berpeluang untuk menyokong pelajar Maahad Tahfiz yang memerlukan. Sertai gerakan amal Sedekah Al-Quran ini dan rasai sendiri keberkatannya. Sumbangan anda bukan sahaja membantu pelajar ini dalam menuntut ilmu agama, tetapi juga menjadikan setiap bacaan Al-Quran mereka sebagai sumber ganjaran berterusan untuk anda.




Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk beramal dan mengumpul pahala. Semoga Allah menerima setiap langkah kita ke arah kebaikan dan memberkati kita semua. Jangan lepaskan peluang ini untuk memberi makna dan impak kepada kehidupan pelajar maahad tahfiz yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

GAN THIAM SENG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

MOHAMAD FAIZ BIN TAIB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat