ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 13, 2023

SEDEKAH ALQURAN PELAJAR TAHFIZ PELARIAN GEMPA CIANJUR

RM475 / 15.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hulurkan sedekah Al-Quran dan kitab-kitab pengkajian Islam kepada mangsa pelarian gegaran gempa Cianjur!


Adakah anda masih ingat Gempa Bumi Cianjur yang dahsyat yang berlaku pada 21 November?


Pada hari bencana itu, ketua Sekolah Islam Sunanul Abror yang terletak di Kampung Ciwalen, daerah Warungkondang, sedang membaca Al Quran dan berzikir bersama tetamunya yang datang dari luar kota sehingga gempa bumi M5.6 tiba-tiba menggegarkan kawasan itu. Dia bersama tetamunya keluar dari rumah dan segera membantu penduduk setempat yang menjerit meminta tolong. Gempa bumi itu menyebabkan sebahagian dinding dan atap bumbung runtuh yang turut merosakkan barangan di sekeliling seperti rak buku, peralatan sekolah dan peralatan ibadat kemudahan asrama pelajar.





Sekolah Islam Sunanul Abror bukan satu-satunya sekolah Islam yang terjejas akibat gempa bumi, banyak sekolah Islam lain turut terjejas akibat bencana itu. Beberapa pelajar kini dihantar pulang ke rumah saudara mereka. Bagi pelajar yang datang dari kawasan terdekat, mereka masih tinggal di pusat perlindungan sementara. Pasukan Asar Humanity Emergency Response (ER) menjalankan program penyembuhan psikososial untuk kanak-kanak, salah satunya adalah sesi perkongsian. Yang paling diminta dan dikehendaki ialah kembali ke sekolah. Mereka sangat merindui sekolah, rakan-rakan mereka, guru mereka, dan aktiviti pembelajaran. Masih banyak anak-anak yatim dipelabagi titik khemah yang kekurangan utiliti pengkajian, dia antaranya:


1. Kampung Cadot 90 anak, 57 di antaranya anak yatim

2. Cibeleng Ilir 100 anak

3. Kampung Munjul 89 anak


Sampai saat ini di dalam khemah pelarian mereka setia mengikuti pengkajian Al-Quran dan ilmu agama. Ibadah sholat wajib dan mendalami ilmu agama tetap mereka lakukan walaupun dengan keadaan yang sederhana.



Asar Humanity menjemput anda untuk menyokong Al-Quran dan kitab-kita ilmu agama lainnya. InsyaAllah Al-Quran dan kitab-kitab pengkajian Islam dapat digunakan hingga Ramadhan, bahkan jangka panjang bagi para jemaah. Daripada Aisyah R.Anha dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:


“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (Riwayat Al-Bukhari, 6465)


Semoga Allah melimpahkan keberkahan dari pahala jariyah yang anda dermakan kepada anak-anak tahfiz mangsa pelarian gempa Cianjur. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat