ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Jun 15, 2022

HANTAR QURBAN, HILANGKAN KELAPARAN SAUDARA YAMAN

RM975 / 32.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

35 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Tunaikan Qurban terbaikmu untuk saudara-saudari Yaman.


Yaman masih menghadapi krisis kemanusiaan yang disebut-sebut sebagai yang paling teruk di dunia. United Nation (UN) menyatakan 80 peratus penduduk, atau 30 juta orang di Yaman, hanya boleh bergantung kepada bantuan kemanusiaan antarabangsa untuk terus hidup.


Krisis Yaman bermula dengan perang dan memberi kesan kepada sektor lain seperti krisis ekonomi sehingga ketidakamanan makanan. Program Makanan Sedunia (WFP) 2022, melaporkan kira-kira 17.4 juta orang, lebih daripada 50 peratus penduduk Yaman dianggarkan mengalami ketidakamanan makanan.



Akibatnya, berjuta-juta rakyat Yaman masih berada dalam belenggu kemiskinan, dan anak-anak mereka sentiasa dicengkam oleh rasa lapar yang sering membawa kepada kematian. Tidak jarang kita sering melihat dalam beberapa media melaporkan bahawa kanak-kanak Yaman kelaparan.


Berdasarkan data UNICEF, terdapat 2.25 juta kanak-kanak di Yaman yang menghadapi kekurangan zat makanan. Antaranya, terdapat 400,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang diklasifikasikan sebagai Severe Acute Malnutrition (SAM), atau kekurangan zat makanan akut yang memerlukan bantuan segera. Bilangan ini juga berpotensi meningkat setiap tahun.



Setelah konflik tersebut, Yaman menjadi salah satu negara dengan krisis kemanusiaan teramai jumlah pelariannya. Kurangnya kehidupan yang layak, banyak pengungsi Yaman mencoba melarikan diri ke negara lain dengan harapan memulai kehidupan baru dan lebih baik.


Sungguh keadaan yang amat menyedihkan! Kerana kita mengetahui bahawa Yaman ialah salah satu negara yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW. "Hampir-hampir umat Yaman melebihi kamu. Mereka seperti awan. Mereka adalah sebaik-baik penduduk bumi." (Riwayat Imam Ahmad).



Konflik yang berlarutan telah menyebabkan jutaan rakyat Yaman hidup dalam kemiskinan dan kelaparan. Jom jadikan momentum Aidiladha tahun ini untuk mengatasi kelaparan di Yaman dengan menghantar daging qurban terbaik anda sekarang!


Harga Haiwan Qurban:

Insyaa Allah, kambing dan atau sapi mengikut kriteria sesuai syariat Islam akan dihadirkan untuk dibagikan kepada saudara-saudara kita di Yaman. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman “Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berqurbanlah” (QS. Al-Kautsar: 2) 


Kerana itu, ayuh bantu hilangkan kelaparan saudara di Yaman dengan kirimkan daging qurban terbaikmu sekarang! Percayalah Qurban anda amat ditunggu oleh saudara kita di sana.


“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan qurban” (HR. Tirmidzi)


Jadikan Aidil Adha ini sebagai momentum mendekatkan diri pada Allah SWT dan untuk berkongsi kebahagiaan hari raya kepada saudara Yaman. Setiap daging sembelihan Qurban anda akan diagihkan ke saudara-saudari Yaman yang berada di Distrik Sana’ah (The Capital City) dan Distrik Ma’rib, dua wilayah yang berpenduduk majoriti muslim.




Jangan risau, sejak 2012, Aksi Cepat Tanggap (ACT) telah berjaya mengagihkan amalan Qurban para penderma kepada saudara kita ke seluruh kawasan yang kurang berkemampuan di seluruh dunia. Pastikan saudara-saudari Yaman kita boleh rayakan Idul Adha tahun ini dengan gembira dan tanpa rasa lapar! Ayuh, tunaikan Qurban terbaikmu sekarang!


Terma dan syarat

1. Kami menerima pesanan qurban anda sebelum 9 Julai 2022 11.45 AM Waktu Indonesia Barat.

2. Harga termasuk yuran operasi, sosialisasi, perolehan haiwan, penyembelihan, pengedaran, pemantauan, dokumentasi dan laporan.

3. Qurban Global - ACT diberi kuasa untuk menentukan kawasan pengedaran, untuk menetapkan keutamaan kepada kawasan yang paling memerlukan.

4. Qurban Global – ACT diberi kuasa untuk menukar qurban/udhiyah seekor kambing kepada 1/7 bahagian lembu, khususnya kes seperti kambing itu tidak tersedia di lokasi yang disasarkan.

5. Penyembelihan hendaklah dilakukan pada 9 hingga 12 Julai 2022

6. Jumlah urus niaga yang di bawah harga haiwan qurbani akan dianggap sebagai derma sebagai Sadaqah Qurbani dan akan terkumpul bersama Sadaqah Qurbani yang lain. Laporan itu akan dianggap sebagai awam.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat