AYUH SEDEKAH RAMADHAN BAIK PULIH MASJID

RM1,349 / 44.97 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM KITA MENYUMBANG UNTUK BAIK PULIH MASJID SERI MAKMUR INI. MEMBANTU JEMAAH DAN KARIAH BERIBADAH MEMBERI PAHALA MENGALIR SEPERTI AIR SUNGAI YANG MENGALIR DERAS.


Assalamualaikum wbt. Masjid Parit Sangit di Batu Pahat adalah sebuah masjid yang telah dibina pada tahun 1960an. Masjid ini adalah merupakan masjid kariah yang telah berkhidmat lebih 60 tahun.



Mempunyai struktur simen dan papan serta beratapkan zink dan genting, masjid ini semakin lama semakin uzur. Sejajar dengan peredaran zaman, masjid ini juga dimamah usia. Struktur papan dinding yang telah tercabut, cermin tingkap nako yang telah tanggal serta tandas yang usang. Namun, masjid ini masih terus berkhidmat buat penduduk sekeliling.



Atas rasa tanggungjawab, maka, Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat (PKPR) merasakan perlu membantu untuk membaik pulih masjid ini demi keselesaan jemaah masjid ini.



Menyumbanglah kepada usaha untuk baikpulih masjid ini. Sumbangan anda akan mengalir seperti air yang mengalir takkan putus. Insya-Allah menjadi bekalan anda di akhirat. Marilah bersama-sama untuk meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan dan dijanjikan rumah di syurga kelak, infaq yang pasti digandakan pahalanya oleh Allah SWT.



‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”

(Hadith Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

HANIZA BINTI MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2024

Kempen Sumbangan Tamat