ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 24, 2024

SEDEKAH BULAN REJAB UNTUK BEKALAN RAMADAN BAGI PELARIAN DI GAZA

RM185 / 6.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Memasuki pertengahan bulan Rejab, jom menanam benih-benih amal soleh salah satunya dengan membiasakan sedekah yang inshaAllah akan agihkan untuk bekalan saudara kita di Gaza menjalani bulan Ramadan.


Berbaki kurang 2 bulan lagi untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersatu menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza yang kini dalam keadaan sukar dan berdepan krisis kemanusiaan yang amat mendalam. Dengan populasi 2.3 juta orang, mereka kini menghadapi ancaman kebuluran yang serius.



Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Program Makanan Sedunia (WFP) antara 24 November dan 7 Disember, hampir 70% permintaan untuk menghantar bantuan makanan ke utara Gaza telah ditolak oleh pihak berkuasa Israel. Keadaan ini memberi kesan serius terhadap ketersediaan makanan dan kehidupan seharian penduduk sehingga mengancam nyawa mereka.



Keputusan untuk menolak bantuan makanan menunjukkan bahawa rakyat Palestin bukan sahaja menghadapi krisis kemanusiaan yang mendalam, tetapi juga menghadapi cabaran besar dalam mendapatkan makanan yang mencukupi untuk kelangsungan hidup mereka. Atas sebab ini, sudah tiba masanya untuk kita bersatu dalam solidariti antarabangsa untuk mengatasi masalah ini.



Tingkatkan kesedaran kita tentang keadaan dan sebarkan berita tentang keperluan mendesak mereka. Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan pasti dirasai oleh semua termasuk saudara-saudara kita di Gaza yang sedang dilanda serangan yang berterusan.



Melalui kempen ini, mari kita tingkatkan sokongan dan bantuan kemanusiaan. InshaAllah mulai RM10, kita akan bersama-sama hantarkan bekalan yang akan kami sediakan termasuklah makanan, pembaikan khemah sementara, air bersih, pakaian, selimut hangat, dan keperluan asas lain yang mendesak yang sememangnya diperlukan oleh penduduk Gaza untuk menghadapi bulan Ramadan dengan tenang dan gembira.


Setiap sumbangan yang anda berikan akan membantu menyediakan bekalan ini, memberikan harapan dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita di Gaza. Menderma di bulan Rejab ini untuk menyambut Ramadan dengan keberkatan bagi mereka yang menghadapi ujian yang sukar. Semoga Allah menerima setiap langkah kebaikan kita dan menjadikannya ladang amal yang tidak terkira banyaknya. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 25, 2024

MEOR ROSAZMAN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 25, 2024

Kempen Sumbangan Tamat