ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Apr 07, 2022

KEMPEN INFAQ REZEKI IFTAR DAN SAHUR RAMADHAN DI AFRIKA BERSAMA ACT DAN PPIM

RM4,785 / 47.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

166 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh kita sedekah pek makanan iftar dan sahur di bulan Ramadhan atasi krisis kelaparan saudara muslim Afrika bersama ACT & PPIM.


Ramadan, bulan penuh keberkatan yang dinantikan umat Islam di seluruh dunia telah tiba. Pelbagai negara gembira menyambut Ramadan dengan tradisi tersendiri. Bermula dari negara Timur Tengah, Uni Emiriat Arab dengan tradisi berjalan dengan pakaian cerah mengumpul gula-gula dan makanan. Mesir dengan menyalakan Lentera Fanousnya. Sampai ke Indonesia dengan parade obor dan Malaysia dengan tradisi berkongsi bubur lambuknya yang sedap.


Namun sedarkah kita, di bumi Afrika, tiada Ramadan yang semarak seperti yang kita rasai hari ini. Yang ada hanya kesedihan yang menyelubungi hari-hari mereka. Berjuta saudara Islam kita di negara-negara Afrika sedang menghadapi pelbagai krisis pangan, kekeringan dan Covid-19 yang memberi efek domino kepada kelangsungan hidup mereka.


Kemarau ekstrim membuat beberapa negara Afrika, Sudan Selatan, Eitophia, Somalia, Kenya dan Ethiopia telah mengisytiharkan darurat air disebabkan tiga musim tanpa hujan. Krisis ini berimpak pada ketersediaan pangan di Afrika akibat sulitnya produksi pertanian. Keadaan ini berpotensi mencetuskan kecemasan makanan terburuk dalam tempoh 35 tahun. Covid-19 menambah bilangan kemiskinan di Afrika meningkat hampir 3 persen. Akibatnya, 25 juta penduduk Afrika terancam alami kelaparan.



Bertolak dari pelbagai krisis yang dialami saudara-saudara muslim Afrika, ayuh kita sedekah pek makanan ifthar dan sahur selama Ramadan untuk hindarkan mereka dari resiko kelaparan dan juga untuk berkongsi kegembiraan di bulan Ramadhan ini. Setiap bungkusan ifthar dan sahur berisi nasi, daging, sayur, buah, air mineral bubur bernilai RM 20 setiap hidangan.





"Siapa sahaja memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun." (HR Tirmidzi).


Insya Allah, setiap sedekah makananmu amat bermakna bagi saudara-saudara Muslim kita di Afrika. Doa yang setulus-tulusnya dari kami semoga anda dan keluarga senantiasa diberkati, dipermudahkan, dipertolongkan, dan dilancarkan rezeki. Aamiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khayran

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2022

AZIZAH YAHYA

Menyumbang sebanyak RM60.00

Apr 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat