Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM240 / 4.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
9 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tangisan kanak-kanak kedengaran di bumi Palestin, perpisahan yang tidak diingini yang terpaksa mereka alami, berpisah dengan ibubapa dan saudara mara.

Kekurangan makanan meliputi hari-hari mereka, lebih-lebih lagi sejak harga makanan melambung tinggi, mereka mengalami kesukaran mendapatkan makanan yang mencukupi.

Kadang-kadang bantuan kemanusiaan yang datang tidak dapat menampung sepenuhnya keperluan makanan saudara-saudara kita di Palestin, dan bagaimana jika kita tidak membantu? Apakah makanan yang boleh mereka makan setiap hari?


Sebelum ini, ASAR Humanity bersama sumbangan.com telah menyampaikan amanat daripada penderma berupa roti dan makanan untuk saudara Palestin. Kali ini, ASAR Humanity sekali lagi menjemput anda untuk memberikan bantuan roti kepada saudara Palestin.

Apa sahaja sedekah yang anda berikan, inshaAllah dapat menghilangkan rasa lapar yang mereka alami. InshaAllah, semoga ini akan menjadi saksi di akhirat atas keprihatinan anda dalam membantu saudara Palestin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

ASAR Humanity – Terus Berdiri Bersama Palestin
Kami tidak menentang mana-mana negara yang menjaga keselamatannya, termasuk Mesir. Tetapi kami juga tidak dapat menafikan hakikat bahawa di sebalik tembok sempadan itu, manusia sedang mati perlahan-lahan. Kami menuntut agar tindakan kemanusiaan diutamakan. Pintu bantuan mesti dibuka, suara mereka mesti didengar.
Dunia tidak boleh terus berdiam diri.
Kita tidak boleh hanya menonton sambil pembunuhan beramai-ramai ini berlaku di depan mata kita. Diam juga adalah satu bentuk sokongan terhadap kezaliman.
"Sesiapa yang tidak peduli akan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka."
— (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Jangan biarkan penderitaan Palestin dilupakan. Jangan biarkan suara mereka dibungkam. Bersama kita salurkan bantuan, bersama kita suarakan keadilan.
#BersamaPalestin
#KemanusiaanTanpaSempadan
#JanganDiamAtasKezaliman

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, gencatan senjata telah berlaku di Palestin. Namun, jangan kita keliru, ini bukanlah akhir perjuangan. Ini adalah awal perjalanan kita untuk membantu saudara-saudara kita bangkit dari masa-masa sulit.
Mereka bertahan di tengah reruntuhan, kehilangan rumah, dan serba kekurangan, namun tetap memegang teguh agama Islam. Mereka menjadi contoh nyata kekuatan iman dan keteguhan hati dalam menghadapi ujian yang berat.

Allah SWT berfirman:
"Dan apa sahaja harta yang kamu nafkahkan, maka itu untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu nafkahkan melainkan untuk mencari keredhaan Allah."
(Surah Al-Baqarah: 272)
Kami, ASAR Humanity, mengajak tuan dan puan penderma untuk bergandeng tangan membebaskan mereka dari masa sukar ini. Melalui solidaritas, kita dapat membantu membangun kembali kehidupan mereka, memberikan harapan baru, dan menunjukkan bahawa ukhuwah Islamiyah tidak pernah pudar.


Jom, teruskan derma Palestin!
Setiap sumbangan yang tuan dan puan berikan akan menjadi amal jariah yang terus mengalir dan menjadi bekal kita di akhirat.
https://sumbangan.com/sedekahrotibatch24
#BangunKembaliPalestin
#SolidaritiUntukPalestin
#BuatBaikBersamaASAR
Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala dari setiap kebaikan yang kita lakukan. Aamiin ya Rabbal 'Alamiin.
Salam hormat,
ASAR Humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jan 27, 2025
HANINAH BINTI MISHAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 24, 2025
HANINAH BINTI MISHAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 24, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 24, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 23, 2025